Elak anak meragam, sentiasa selesa berada di tempat awam, bapa amalkan kaedah 'safe space'


  • Bonda
  • Khamis, 18 Dis 2025

Pembahagian tugas dan peranan mengikut pilihan kedua-dua anaknya yang diamalkan oleh pasangan tersebut. — Threads/@hazwanharawi

SETIAP ibu bapa sememangnya mempunyai pendekatan tersendiri dalam membesarkan anak termasuk cara membahagikan peranan dan masa bersama keluarga.

Sama seperti yang dikongsikan seorang bapa, Hazwan Harawi susulan caranya mengendalikan anak-anak terutama ketika berada di khalayak ramai.

Menurutnya, setiap anak mempunyai kecenderungan dan safe space tersendiri.

BACA LAGI: Lepas menang ‘Junior Nobel Prize’ 2 tahun berturut-turut, gadis Teluk Intan dianugerah warkah tahniah Agong

BACA LAGI: Dengar lagu rangsang fungsi otak, main alat muzik bantu kurangkan risiko hidap demensia

"Ada yang komen kenapa aku tak dukung Adam (anak kedua) sangat, rugi tak luangkan masa.

"Buat masa sekarang, kami memang dah nampak Adam lebih selesa dengan Fatin (isteri), Hana (anak pertama) pula lebih pilih aku.

"Bila di tempat awam, lebih senang uruskan anak yang ikut pilihan begini sebab kalau dia menangis lagi susah," jelasnya.

Hazwan turut menegaskan kehidupan keluarga mereka tidak terhad kepada apa yang dipaparkan dalam video di media sosial semata-mata.

Di luar rakaman, Hazwan dan pasangannya tetap meluangkan masa bersama kedua-dua anaknya sebagai ibu bapa mengikut keadaan dan kesesuaian.

"Adam tengok ibu safe space dia, Hana tengok aku pun begitu.

"Bagus juga aku yang urus Hana sebab dia lebih berat, banyak ragam dan lebih susah," katanya.

Tambahnya, pembahagian peranan itu juga bersifat sementara dan akan berubah seiring dengan perkembangan usia anak-anak.

Setiap anaknya turut mempunyai peluang untuk melakukan aktiviti dan membina hubungan dengan kedua-dua ibu bapa.

"Kami rasa ini yang terbaik buat kami sekarang. Seorang anak selesa dengan seorang ibu bapa pun dah cukup mencabar, bayangkan kalau dua-dua nak orang yang sama," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram