ISU pemakaian terutama dalam sektor penerbangan bukan sekadar tentang menjaga imej syarikat, malah menjadi keutamaan setiap kru wanita.
Bagi seorang pemilik akauun Threads @fashazreen yang bertugas sebagai pramugari meluahkan kelegaannya selepas syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia mengumumkan kebenaran pemakaian hijab kepada semua kru wanita beragama Islam.
Beliau yang juga merupakan pramugari di syarikat terbabit turut gembira apabila tatacara pemakaian itu dibenarkan untuk semua laluan penerbangan.
BACA LAGI: Ibu asyik nikmati bakso, anak 4 tahun ditinggal main sendirian maut terperangkap dalam istana belon
BACA LAGI: 'Sabar cikgu, tengah buat ini, tak nampak?', ibu terkejut dengar anak jawab guru macam kawan
"Dulu, AirAsia wajibkan semua kru wanita pakai tudung bila terbang ke Jeddah atau Madinah.
"Sebab itu saya selalu minta laluan ke dua lokasi tersebut sahaja. Tetapi sekarang, Alhamdulillah dah tak perlu risau sangat bila nak pergi kerja.
"Paling saya takut bila tengah kerja atas awan sebagai pramugari adalah bila orang jumpa jasad saya dalam keadaan tak menutup aurat.
"Perasaan ini datang bila pergi destinasi yang memerlukan saya pakai skirt," katanya.
Sebelum ini, AirAsia memperkenalkan polisi pakaian seragam kru wanita yang memberi kebebasan buat individu beragama Islam untuk memakai hijab ketika bertugas.
Ia sekali gus meletakkan AirAsia antara syarikat penerbangan pertama di Asean yang mengamalkan amalan yang menggalakkan keterangkuman.
Langkah tersebut turut dilaporkan akan bermula pada suku pertama 2026 khususnya pada bulan Ramadan.
Kru juga dibenarkan memilih tudung dengan sut pakaian berlengan panjang dan seluar. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
