'KASIH ibu membawa ke syurga, kasih tiada gantinya'.
Itulah pepatah sesuai untuk menggambarkan situasi seorang bapa yang sanggup berkorban demi menyelamatkan nyawa anaknya.
Menerusi video tular di media sosial sejak Sabtu, lelaki bernama Jamuri itu terpaksa berjalan kaki meredah kawasan tanah runtuh sambil mendukung bayinya yang sedang sakit.
BACA LAGI: Jadi tunjang keluarga lepas bapa meninggal, wanita teruja jadi pemandu 'Pink Bus' pertama
Keputusan tersebut juga terpaksa dibuat kerana anaknya memerlukan bantuan oksigen.
Perjalanan getir itu bagaimanapun belum berakhir apabila dia terpaksa menyeberangi sungai sedalam kira-kira empat meter (m) dengan menaiki rakit buluh.
Dengan bantuan daripada beberapa penduduk kampung, Jamuri meneruskan perjalanan selama tiga jam untuk tiba di Hospital Umum Daerah Aceh.
Sejak bencana melanda pada minggu lalu, penduduk di Celala terpaksa menjalankan hidup tanpa bekalan elektrik dan rangkaian komunikasi selama lebih seminggu.
Ia sekali gus menyukarkan usaha menghantar bantuan susulan laluan darat yang terputus dan keadaan geografi.
Bencana yang berlaku sejak 26 November lalu digambarkan penduduk sebagai tragedi terburuk selepas Tsunami Aceh pada 2004. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
