[VIDEO] Jalan raya sampai terangkat, rosak teruk akibat banjir besar di Aceh


  • Benua
  • Khamis, 04 Dis 2025

Beberapa laluan terputus di Aceh sehingga mengakibatkan kenderaan berat rosak. — Agensi

TRAGEDI bencana alam, termasuk banjir besar yang melanda beberapa kawasan sekitar Indonesia, termasuk Aceh dan Jawa Barat mengakibatkan kerosakan infrastruktur.

Dalam beberapa video tular di media sosial. kelihatan sebatang jalan mengalami kerosakan teruk akibat gelongsoran tanah di tebing bukit sehingga tidak dapat dilalui.

Ini termasuk jalan raya yang terputus seperti mana dilaporkan Badan Pelaksanaan Jalan Nasional (BPJN) dengan sebanyak enam laluan terkesan.

BACA LAGI: Jangan biarkan rakyat mati kelaparan, tolong bantu kami — Datuk Bandar Aceh Utara

BACA LAGI: [VIDEO] Bapa melutut harap kepulangan anak, hilang 3 hari akibat tanah runtuh di Sumatera

"Walaupun enam jalan perseketuan terputus, masih terdapat laluan lain yang kembali terbuka," kata Ketua BPJN Aceh, Aceh Heri Yugiantoro pada Rabu.

Pegawai tersebut berkata demikian susulan kerosakan dialami di sempadan Pidie Jaya dan Bireuen yang memutuskan laluan akibat runtuhan Jambatan Krueng Meureudu.

Kawasan lain yang rosak adalah Bireuen yang menghubungkan daerah itu dengan Aceh Utara yang juga disebabkan runtuhan jambatan di Kuta Blang.

Laluan rosak lain berada di sekitar bandar berkenaan dengan usaha memperbaiki jalan berkenaan hanya boleh dilakukan selepas pembinaan Jambatan Teupin Mane selesai.

Jelas Heri lagi, dua lagi jalan yang rosak adalah sekitar sempadan Gayo Lues-Tenggara Aceh-Bandar Kutacane terputus akibat tanah runtuh.

"Ketika ini, usaha menguruskan kerosakan sedang diuruskan dengan pembukaan laluan alternatif menggunakan tanah merah untuk menyambung dengan Jambatan Kreung Beutong yang dijangka selesai pada 17 Disember depan," katanya.

Selain itu, kerja-kerja membersihkan kotoran di atas jalan seperti di laluan antara Bandar Aceh ke Meuredu, Lhokseumawe ke Bandar Langsa dan Langsa ke Kuala Simpang.

Laluan dari Kuala Simpang ke sempadan Sumatera Utara juga boleh dilalui memandangkan aras air sudah menurun yang boleh dilalui kenderaan besar. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram