JENAMA fesyen terkemuka dunia, FENDI, melakar sejarah baharu dengan mempersembahkan pameran rekaan koleksi yang belum pernah terlihat sebelum ini, bertajuk 'Fonderia Fendi' sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-100.
Pameran itu dijadualkan berlangsung di Design Miami 2025 merupakan manifestasi kekuatan feminin yang terjalin dengan kemahiran kraftangan Itali hasil cetusan idea pereka dan artis dari Argentina, Constanza Vallese.
Dalam semangat kolektif dan sebagai penghargaan kepada penyertaan hebat Itali dalam pameran Decorative and Industrial Modern Arts di Paris pada 1925.
BACA LAGI: 'Siapa ada nenek toksik?' Layanan berbeza antara cucu, bukan 'favorite' diminta bayar untuk makanan
Vallese telah bekerjasama dengan lima buah bengkel seni Itali untuk menghasilkan koleksi unik FENDI menggunakan material gangsa, seramik, kaca, permaidani dan kulit.
Kerjasama itu menggamit ilustrasi terkenal Karl Lagerfeld pada 1994, Les Cinq Doigts d’une Main, yang melambangkan lima beradik perempuan Fendi sebagai protagonis ekspresi kreatif tunggal.
Reka bentuk Vallese yang sarat dengan sentuhan romantis itu dihidupkan melalui kolaborasi dengan:
- Bengkel kulit FENDI sendiri.
- Fonderia Battaglia.
- Officine Saffi Lab.
- CC-Tapis.
- Barovier & Toso.

Palet warna Rom, menampilkan rona sorbetto kuning dan anice biru pucat.
Fonderia Fendi dikonsepsikan sebagai sebuah ruang tamu yang intim di Design Miami 2025 sambil dibayangkan sebagai kepompong pucat disinari cahaya lembut.
Pencahayaan itu memandikan hasil ciptaan Vallese yang dibentuk dengan tangan dan organik, diabadikan dalam material semula jadi monumental.
Dengan palet warna Rom yang menampilkan gangsa kemerahan dan rona FENDI ‘sorbetto’ kuning serta ‘anice’ biru pucat, koleksi itu meraikan unsur ketidaksempurnaan.
Tekstur ditampilkan adalah seakan lukisan, termasuk biasan cahaya pastel pada kaca legap, relief permaidani berumbai dan jubin berkilat.
Estetika seramik Vallese, menampilkan rekaan teratai dan monogram FF pada jubin.
Antara hasil seni yang dipersembahkan ialah bangku gangsa, kerusi sesekala, pembahagi bilik dan sconce bercahaya yang dihiasi dengan ukiran timbul sulaman ikonik FENDI.
Merujuk kepada era Roaring Twenties yang mana Art Nouveau, Art Deco dan Modernism bertembung, rekaan koleksi itu diperkuat lagi dengan kemahiran kerja kulit FENDI.
Ia menggunakan kulit ‘cuoio Romano’ yang disulami dengan jahitan Selleria iaitu tanda tangan tersohor jenama tersebut.
Satu siri bangku modular dan meja kiub pula dibina daripada jubin seramik timbul tempahan khas.
Jubin itu menampilkan tableau orkid atau motif bunga teratai yang diukir tangan, diselangi dengan jubin monogram double F yang dikilatkan dalam rona lembut.
Di samping itu, pasu kaca legap ditiup mulut di Murano, Venise, memantulkan palet warna dan motif flora koleksi ini.
Ia diperagakan bersama permaidani bulu yang diukir tangan oleh CC-Tapis, menggemakan kesan jubin bunga fantasi Vallese.

Beg Peekaboo edisi terhad, direkayasa semula dengan perincian seramik terukir.
Meneruskan tradisi yang berlanjutan selama tujuh tahun, FENDI turut menjemput Vallese untuk memperibadikan beg Peekaboo yang direka oleh Silvia Venturini Fendi pada 2008.
Kolaborasi edisi terhad itu akan didedahkan di Design Miami dan butik FENDI di Design District Miami.
Vallese telah mereka semula Peekaboo sebagai model boleh balik dalam kulit anak lembu berjalur diagonal kuning pucat dan biru lengkap dengan perincian seramik yang diukir tangan.
Hanya lima unit beg ini tersedia untuk jualan eksklusif di butik FENDI di Design District Miami, mencerminkan material dan palet sorbet koleksi utamanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
