Mohon kerja guna akaun berbeza sampai 'spam' nombor peribadi, Christy Ng hantar surat saman, lelaki cuba buli siber


  • Maya
  • Khamis, 27 Nov 2025

Christy Ng dikatakan mengambil tindakan tegas terhadap individu berkenaan.

USAHAWAN terkenal, Christy Ng dikhabarkan mengambil tindakan tegas terhadap seorang lelaki yang didakwa cuba mengganggu dan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah di media sosial.

Berdasarkan laporan berita tempatan, Christy memutuskan untuk menghantar surat saman kepada individu berkenaan pada 11 November lalu.

Saman yang meminta defendan menghentikan kesemua fitnah tersebut bagaimanapun ditolak pada 19 November lepas.

BACA LAGI: Sediakan ruang terapi, pasangan suami isteri ubah operasi butik jadi 'hotel mewah' kucing jalanan

BACA LAGI: 'Bakal masuk keluarga besar', pasangan dedah baru tahu karakter Tiz Zaqyah sebagai anak tunggal

Justeru, Christy dikatakan sedang memohon beberapa perintah mahkamah terhadap defendan melibatkan beberapa perkara yang dituntut dalam surat tuntutan.

Sebelum ini, dikatakan lelaki berkenaan cuba menghantar permohonan kerja di syarikat Christy Ng beberapa kali menggunakan akaun berbeza.

Menurut kenyataan dikeluarkan Christy di Threads, permohonan itu turut disusuli dengan desakan termasuk gangguan menerusi mesej di nombor telefon peribadinya.

"Dia telah menghantar spam kepada kami sejak 12 Oktober 2024. Dia juga telah menghantar spam nombor telefon peribadi saya.

"Saya terpaksa menyekatnya kerana spam mencapai tahap sehingga menyebabkan gangguan.

"Mengenai isu pengambilan pekerja, kami menerima ribuan pemohon sebulan.

"Menjadi satu cabaran bagi pasukan saya untuk membalas semua e-mel ini. Kesabaran anda amat dihargai," katanya.

Jelasnya lagi, tindakan individu berkenaan mengekori dan menghantar gambar peribadinya sekali gus memberi bukti terhadap dakwaan gangguan tersebut.

Mesej spam yang dihantar oleh individu berkenaan. — Christy Ng

Tindakan itu secara tidak langsung menjadikan Christy sebagai mangsa buli siber.

"Dia stalk saya selama berbulan-bulan walaupun sudah disekat akaunnya.

"Dia siap ada gambar saya dalam telefonnya seperti ditunjukkan dalam tangkapan skrin ini yang dia siarkan sendiri," ulasnya.

Namun, setakat ini belum ada kenyataan lanjut dikeluarkan Christy berhubung surat saman yang dihantar kepada individu terlibat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram