Sediakan ruang terapi, pasangan suami isteri ubah operasi butik jadi 'hotel mewah' kucing jalanan


  • Bisnes
  • Sabtu, 22 Nov 2025

Aktiviti membaca buku di butik Cool Cat Collective sambil bermain dengan kucing jalanan. — Agensi

SEDANG asyik menelusuri halaman terakhir novel fantasi Onyx Storm karya Rebecca Yarros, seorang wanita didatangi seekor kucing hitam berbulu lebat yang secara spontan berlabuh di pangkuannya.

Tanpa disangka ia merupakan detik dialami Ashley Likins yang membawa perubahan kepada komuniti setempatnya.

Diberi nama sementara Soup Enhancements, ia ternyata merupakan haiwan terbiar yang ditempatkan di sebuah butik kucing, Cool Cat Collective di Fourth Street Corridor, Long Beach, California, Amerika Syarikat (AS).

BACA LAGI: Yoga dan pilates berlatarkan padang golf, doktor guna kepakaran ceburi bidang 'wellness'

BACA LAGI: Gambar pasport pun kurang laku, syukur ada 'abam polis' bantu sambung hayat studio foto tertua di KL

Foster kitten Sesame walks around a display in the store. (Juliana Yamada/Los Angeles Times/TNS)

Anak kucing yang diberi nama sesame bebas berkeliaran di dalam butik. — Agensi

Selain menjual pelbagai barangan kucing seperti snek dan cenderamata, butik itu turut berfungsi sebagai pusat perlindungan sementara bagi kucing-kucing yang diselamatkan pertubuhan tempatan, TippedEars yang menjalankan inisiatif perangkap, mandul, lepas dan urus (TNR).

Kesemua kucing di butik tersebut biasanya ditempatkan di dalam 'banglo' mewah di sudut butik.

Namun mereka juga dilepaskan berkeliaran di kawasan berhampiran pada waktu malam untuk program pengumpulan dana dua kali sebulan.

Antara program paling popular adalah sesi membaca yang dianjurkan bersama kelab buku LB Bookworms.

Aktiviti tersebut turut meniru suasana kafe kucing dan buku-bukunya sentiasa laris dijual sejak dilancarkan.

Pada program yang dilakukan pada awal Ogos lalu, Ashley mula meragui keputusannya untuk mengambil Soup Enhancements sebagai haiwan peliharaannya.

Meskipun sangat menyayanginya, wanita itu tetap bimbang sekiranya membuat keputusan secara terburu-buru.

Foster kittens Bisque, Poolboy and Chauffeur play together during a silent reading night. (Juliana Yamada/Los Angeles Times/TNS)

Kesemua kucing yang manja dan jinak untuk dibelai. — Agensi

Namun, fikirannya terus menerawang apabila membayangkan masa depan haiwan comel itu sebaik melihat ia tidur lena di pangkuannya.

Detik itulah kemudiannya menjadi matlamat baharu pemilik Cool Cat Collective, Jena Carr, 39, yang membuka butik itu bersama suaminya, Matt, 40, pada 2024.

Pasangan yang merupakan bekas pengusaha restoran di Washington DC, AS itu berpindah ke Long Beach pada 2022 untuk lebih dekat dengan keluarga.

Carr kemudiannya mengambil keputusan untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada operasi menyelamatkan anak kucing.

Bermula sebagai penjaga sementara (foster) dan sukarelawan, Carr kemudiannya membantu TippedEars menangkap dan mengurus kucing jalanan di Compton.

"Bila kita sedar betapa besar masalah populasi kucing terbiar, barulah kita faham bahawa kita tak boleh selesaikan isu ini hanya dengan memeliharanya.

"Ada satu hari apabila saya terkejut melihat jumlah kucing yang sakit dan cedera di tepi jalan sehingga menyukarkan pusat-pusat penyelamat yang kekurangan tenaga kerja.

"Itu membuatkan saya mula berfikir, apa saya boleh buat melalui perniagaan ini," katanya.

Kata Carr, langkah tersebut sekali gus mengubah sifat kucingnya daripada takut dan malu menjadi lebih manja.

Kesemua kucingnya juga sangat mesra dengan setiap pengunjung yang memasuki butiknya.

"Paling menggembirakan bila kucing pemalu bertukar menjadi sosial," jelasnya.

“This is a beautiful marrying of my interests,” silent reading party attendee Regan Rudman said of the event. “It also provides a great third space that we’re really missing nowadays.” (Juliana Yamada/Los Angeles Times/TNS)

Interaksi antara pengunjung dan kucing di butik Cool Cat Collective. — Agensi

Kerjasama dengan Cool Cat Collective bukan sahaja menyumbang tenaga sukarelawan dan penderma, malah turut meningkatkan kesedaran masyarakat tentang krisis populasi kucing dan usaha TNR.

Menurut pengasas bersama TippedEars, Vita Manzoli, jumlah itu hampir dua kali ganda berbanding sebelum butik dibuka.

Carr yang mempunyai senarai tempat baharu anak-anak kucing turut berharap agar mereka mendapat tempat tinggal yang selamat. 

"Tidak perlu beli apa-apa pun. Ruang ini memang untuk orang yang sekadar ingin cari sedikit kegembiraan dan terapi dengan bermain bersama kucing," katanya Carr.

Seorang pengunjung tetap, Regan Rudman yang tidak boleh memelihara kucing kerana masalah kesihatan tetap tidak terkecuali untuk hadir setiap bulan demi menikmati suasana ceria bersama kucing.

Pihak Cool Cat Collective dan TippedEars turut membekalkan segala informasi serta bantuan termasuk kupon diskaun 20 peratus.

Setiap juga diberikan jaminan boleh memulangkan kucing yang diambil bila-bila masa tanpa soalan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram