'Bakal masuk keluarga besar', pasangan dedah baru tahu karakter Tiz Zaqyah sebagai anak tunggal


  • Cinta
  • Jumaat, 21 Nov 2025

Tiz Zaqyah (kiri) bersama pasangan tampil sedondon dalam rona merah jambu pada pertunjukan fesyen koleksi Hatta Dolmat sempena FMA 2025 pada Khamis.

DIKHABARKAN bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi, pelakon Tiz Zaqyah memohon doa orang ramai agar segala urusan perancangan dan perjalanan dipermudahkan. 

Pemilik nama sebenar, Siti Zaqyah Abdul Razak juga mendedahkan sedang melakukan persiapan perkahwinan bersama pasangannya, Nas Amer.

Pelakon drama popular Nur Kasih itu pada masa sama berkongsi beberapa ciri Nas Amer yang membuatkannya tertarik.

BACA LAGI: ‘Ajar memaafkan, bantu bila perlu’, anak dibuli, wanita bertindak hubungi ibu bapa 'pembuli'

BACA LAGI: ‘Isteri, berhiaslah untuk suami!’, melaram sakan jika di luar, tetapi di rumah baju pun tak bertukar

Pasangan yang dikhabarkan akan mengikat tali perkahwinan dalam masa terdekat. — Instagram/Nas Amer

"Dia nampak memang sebagai protector (pelindung) dan provider.

"Paling penting dia seorang yang setia," katanya ketika ditemui Majoriti pada Fashionably Modest Asia (FMA) 2025 di Kuala Lumpur, Khamis.

Dalam pada itu, Nas Amer turut berkongsi sisi peribadi hubungan mereka yang jarang diceritakan kepada umum.

Menurutnya, meskipun sudah lama saling mengenali, terdapat banyak perkara baharu yang dipelajari sepanjang mereka melalui fasa tersebut.

"Mengenali Tiz ini, dia seorang yang membesar sebagai anak tunggal. Jadi, saya banyak belajar daripada situ.

"Daripada pihak saya pula memang ramai adik-beradik dan bila bawa dia dalam keluarga saya, dia rasa sedikit berbeza.

"Sebab ada ramai adik-beradik jadi tempat untuk mengadu, bercerita dan ketawa," jelasnya.

Tambahnya, latar belakang keluarga Tiz sekali gus memperlihatkan sisi dan karakter wanita yang kuat.

"Tiz juga ada satu karakter yang berani, berdikari dan sangat tegas," ujarnya.

Pasangan itu juga menjelaskan bahawa masih belum bersedia untuk mengumumkan tarikh perkahwinan yang akan berlangsung.

Sementara itu, Tiz mendedahkan kini sibuk menguruskan masanya untuk penggambaran dua drama terbaharu iaitu Impiana: Karma yang sedang bersiaran.

Menurutnya, fokus utama setakat ini adalah menyiapkan projek sedia ada sebelum melangkah ke perancangan seterusnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram