[VIDEO] Sudahlah berniaga durian ‘haram’ dalam bonet kereta di Singapura, siap ada saman trafik tertunggak


  • Benua
  • Ahad, 23 Nov 2025

Tangkap layar wanita itu menjual durian di kawasan parkir pusat beli-belah tersebut.

AKTIVITI jualan durian secara 'haram' tanpa lesen yang sah di Singapura hangat diperkatakan di laman sosial selepas satu video menunjukkan seorang wanita menjual durian terus dari bonet kereta di kawasan parkir bersebelahan pusat beli-belah, Jurong West Pioneer Mall di Singapura.

Kejadian itu mencetuskan perhatian netizen kerana kenderaan yang digunakan dipercayai berdaftar di Malaysia, selain peniaga itu tidak mempunyai lesen sah daripada Singapore Food Agency (SFA).

Video berdurasi satu minit 59 saat itu dimuat naik di laman Facebook oleh halaman SGRV, yang menyatakan bahawa aktiviti jualan berlaku pada 23 November 2025 antara pukul 11 pagi hingga 3 petang.

BACA LAGI: [VIDEO] Punya teruk banjir sampai tiang transformer elektrik meletup di Hatyai

BACA LAGI: [VIDEO] ‘Tak diendahkan dan dibenci ramai’, Shaukat miliki persamaan dengan 2 legenda WWE

Menurut hantaran tersebut, wanita berkenaan menjual durian tanpa lesen perniagaan makanan yang sah, satu kesalahan di bawah undang-undang tempatan.

Selain isu lesen, hantaran berkenaan turut mendedahkan bahawa individu terbabit mempunyai saman trafik yang belum diselesaikan sejak September 2025.

"23 November 2025, 11.00 pagi hingga 3.00 petang. Parkir HDB bersebelahan Jurong West Pioneer Mall. Kenderaan berdaftar di Malaysia. Menjual durian dari bonet tanpa lesen perniagaan makanan daripada Singapore Food Agency (SFA).

"Dengan saman trafik yang belum dibayar sejak September 2025. Menurut sumber, aktiviti ini telah berlaku beberapa kali pada hari Ahad sebelum ini, " kata hantaran berkenaan.

Bukan itu sahaja, warganet turut menekankan bahawa jualan durian dari bonet kereta ini bukanlah kejadian pertama, sebaliknya sudah berlaku beberapa kali pada Ahad sebelum ini.

Kes itu menimbulkan persoalan mengenai penguatkuasaan undang-undang terhadap perniagaan makanan tanpa lesen, terutamanya yang dilakukan oleh individu yang menggunakan kenderaan berdaftar di luar negara.

Pihak berkuasa Singpura belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai tindakan susulan terhadap wanita terbabit setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram