RAKYAT Malaysia yang terkandas di Hat Yai, Thailand akibat banjir selepas hujan lebat turun berterusan selama dua hari di kawasan itu, berkongsi perkembangan situasi terkini di platform Threads.
Seorang pelancong, Ihdya berkongsi situasi di mana dia sepatutnya pulang ke Malaysia pada Sabtu dengan menaiki bas, namun perjalanan tergendala berikutan penutupan sempadan
"Siapa yang dekat Hat Yai sekarang dan terkandas di hotel boleh minta komen dekat sini (Threads).
BACA LAGI: Hat Yai diisytihar bencana banjir ‘red-flag’, rakyat Malaysia terkandas, catu makan di hotel
BACA LAGI: [VIDEO] Nikahi warga emas beri hantaran Honda HRV, famili nafi gadis 19 tahun ‘mata duitan’

Keadaan di 7-Eleven Hat Yai yang kehabisan stok makanan.
"Kami sepatutnya balik hari ni naik bas tapi borders (sempadan) tutup. Kami dekat Bhava Residence, ada ramai juga rakyat Malaysia dekat sini.
"Setakat ini, okay lagi sebab baru pergi Makro beli stok makanan (near hotel). Operator bas kata esok dia akan inform boleh balik.
"Dekat area hotel kami tak naik air lagi, cuma elektrik memang tak ada. Kalau powerbank dah nak mati, kami pelan nak ke Central Hat Yai Mall (guna brigde) untuk charge," kongsinya.
Apiz_Putra pula memaklumkan banyak hotel sudah terputus bekalan elektrik manakala kedai makan pun tak banyak yang dibuka berikutan peniaga turut sama terjejas dengan banjir.
"Barang di 7-Eleven juga kebanyakannya sudah habis. Cuma mujuk kami masih selamat, alhamdulillah.
"Nampaknya memang belum boleh keluar ke Malaysia kerana semua laluan utama sudah dinaiki air setinggi paras pinggang hingga dada," katanya.
EykaJebat20 turut berkongsikan situasi di Lotus dengan menunjukkan keadaan rak makanan hampir kosong dipercayai habis diborong oleh warga setempat.
"Lesson learned, lepas ini, hujung tahun jangan masuk Hat Yai. Masa booking memang tak tahu kata banjir. Hopefully kami 18 orang dapat balik Malaysia cepat-cepat," ujar Syafiqah Syammeera.
"Korang yang nak pergi Hat Yai tolong cancel dulu, keluarga aku stranded kat hotel. Mana-mana tempat semua air dah naik," komen Nabilah Norhisham.

Hat Yai diisytiharkan sebagai zon bencana 'red-flag' selepas dua hari hujan lebat tanpa henti sehingga menyebabkan penduduk dipindahkan.
Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul berkata, wilayah-wilayah di Selatan sudah mempunyai pelan tindak balas, dengan bantuan susulan akan diberikan.
Banjir melanda Hat Yai lewat malam Khamis (20 November) selepas hujan berterusan selama dua hari menyebabkan sejumlah besar air memasuki kawasan komersial bandar itu, memaksa pihak berkuasa mengisytiharkannya sebagai kecemasan banjir 'red-flag' dan menggesa penduduk berpindah ke kawasan lebih selamat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
