Dulu lain, sekarang luar biasa, 'glow up' 8 selebriti wanita ini cukup mempersona


  • Relaks
  • Isnin, 05 Mei 2025

Elisya (kiri) dan Yuna antara selebriti wanita yang mencuri tumpuan kerana mengalami perubahan pada penampilan mereka. — Instagram selebriti

DUNIA hiburan bukan sekadar menonjolkan bakat semata-mata, tetapi turut memperlihatkan bagaimana seseorang selebriti berkembang dari segi penampilan, gaya dan keyakinan diri.

Perubahan ini selalunya berlaku seiring dengan perjalanan karier dan pengalaman hidup yang membentuk personaliti mereka.

Perjalanan seorang selebriti tidak hanya tertumpu kepada kerjaya seni, tetapi turut melibatkan transformasi diri melibatkan gaya hidup kepada penampilan yang semakin menyerlah dan yakin.

BACA LAGI:[VIDEO] Dari bakeri ke seni lukis, suri rumah jana pendapatan melalui skil conteng kereta berkonsep komik

BACA LAGI:[VIDEO] Trend 50/50 lepas kahwin, UAI tegaskan isteri tak wajib keluar satu sen pun walaupun bergelar jutawan

Berikut sembilan artis wanita Malaysia yang mengalami 'glow-up' mengagumkan dan berjaya membina identiti baharu yang lebih matang serta berkarisma:

1. Janna Nick

Janna Nick, 30, memulakan kerjaya sebagai pelakon drama remaja dan kini merupakan antara pelakon dan pengacara paling aktif di Malaysia.

Selain itu, beliau juga merupakan pengarah muda. Penampilannya kini lebih moden, berani dan sesuai dengan peranannya sebagai figura dalam industri hiburan.

2. Nabila Razali

Dikenali menerusi lagu popular seperti Pematah Hati dan Peluang Kedua, Nabila Razali, 33, memulakan kariernya sebagai penyanyi menerusi sebuah rancangan pencarian bakat, Akademi Fantasia (AF) musim ke-10.

Selain menyanyi, beliau juga aktif berlakon. Pada awal kemunculan, penampilan Nabila lebih simple dengan solekan dan gaya yang minimal.

Kini, beliau tampil lebih glamor, yakin dengan gaya yang menyerlah serta imej yang sesuai dengan kerjaya seni yang semakin berkembang.

3. Jihan Muse

Pelawak dan pengacara yang mula dikenali menerusi program Raja Lawak, Jihan Muse, 42, kini aktif mengacara beberapa rancangan televisyen.

Beliau dahulu terkenal dengan gaya bersahaja dan kadang-kala tidak kemas dalam karakter lawak, malah sering menjadi bahan jenaka kerana giginya yang dianggap jongang.

Namun selepas memakai pendakap gigi, penampilan Jihan secara perlahan-lahan berubah kepada lebih anggun dan kemas, ditambah pula selepas beliau berhijab. 

4. Elisya Sandha

Elisya Sandha, 26, merupakan pelakon bakat muda yang aktif dalam bidang lakonan sejak berusia 15 tahun lagi.

Walaupun pernah menerima kritikan yang mengatakan wajahnya nampak tua daripada usia, namun beliau mengambil komen itu daripada sudut positif.

Kini, ibu kepada dua orang anak itu semakin menyerlah bukan sahaja kerana bakat, tetapi juga penampilan yang semakin matang dan profesional.

5. Daiyan Trisya

Penyanyi, penulis lirik dan pelakon, Daiyan Trisha, 32 yang mula dikenali melalui platform Youtube, kini aktif dalam muzik.

Gayanya yang sering tampil minimalis menjadi inspirasi kepada ramai penggemar fesyen khususnya golongan muda.

Bukan itu sahaja, beliau turut mencipta nama di luar negara apabila kerap menjadi undangan di acara fesyen jenama mewah.

 

6. Ain Edruce

Ain Edruce, 34, bermula sebagai pengacara dan pelakon. Beliau terkenal dengan personalitinya yang agak 'loud' dan kelakar.

Sejak bergelar ibu, penampilannya semakin matang, namun tetap mengekalkan identiti bersahaja.

7. Nadeera Zaini

Juara Big Stage musim kelima (2023) dan finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-39, Nadeera Zaini, 32, mula menonjol melalui bakat nyanyiannya menerusi beberapa program pencarian bakat di televisyen.

Pada tahun lalu, beliau mendedahkan, bakatnya sering ditolak berikutan rupa parasnya yang kurang cantik dan memiliki saiz badan besar. 

Terdahulu, media melaporkan berat badan Nadeera turun sebanyak 10 kilogram (kg) selepas mengurangkan pengambilan makanan dan minuman yang mempunyai kandungan gula tinggi.

Kini, beliau mencuri perhatian dengan gaya yang lebih kemas, berani selain tubuhnya yang comel

8. Yuna

Bagi penyanyi serta penulis lagu, Yuna sudah menempa nama di peringkat antarabangsa, termasuk bekerjasama dengan artis seperti Usher dan Pharrell Williams.

Dari imej gadis indie tempatan, Yuna kini dikenali dengan gaya hijab ala turban.

Beliau juga sering dijemput ke pentas fesyen antarabangsa seperti Paris dan New York Fashion Week.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram