PELAKON dan penyampai radio, Sharifah Shahirah mencuri perhatian peminat selepas berkongsi idea kreatif meluaskan rumah dengan menggunakan struktur kabin moden.
Menerusi video dimuat naik di Facebook miliknya pada Rabu, selebriti berusia 51 tahun itu meninjau ruang kabin yang dibina di bahagian tepi kediaman sebagai ruang tambahan untuk bilik anak lelaki dan cucunya.
Berkonsepkan reka bentuk minimalis moden, struktur itu menampilkan penggunaan panel besi hitam menegak, lantai bertekstur kayu dan ruang beranda terbuka memberi sentuhan luas.
BACA LAGI: Konsep penginapan kayu log kabin hidupkan suasan seperti di Eropah
BACA LAGI: Empat sekawan ingin tempuh hari tua bersama, bina kabin atas tanah sama, cipta komuniti persaraan
Gabungan cat bilik rona putih kelabu dan pemandangan hijau di sekeliling menjadikan kabin tersebut bukan sahaja praktikal, tetapi juga estetik.
Dekorasi tersebut nyata menyerlahkan suasana moden, bersih dan lapang, sesuai sebagai ruang bilik anak lelaki serta tempat bermain si kecil.
Idea itu turut mendapat pujian warga maya, terutama mereka yang mencari inspirasi untuk menaik taraf rumah dengan bajet lebih fleksibel tanpa perlu menambah struktur konkrit sepenuhnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
