BINTANG media sosial terkenal Thailand, Aon Somrutai Rattanawaraha, yang popular dengan gaya hidup mewah dan ungkapan tular 'Thank You Kateyki', telah selamat melahirkan puteri sulungnya, Freyana.
Perkongsian gembira itu bukan sahaja diraikan oleh peminatnya, malah perincian mengenai proses bersalin dan persediaan menyambut bayi turut menjadi tumpuan ramai.
Aon mencuri perhatian ramai apabila penampilannya selepas bersalin dilihat sangat segar dan menawan, jauh berbeza daripada imej kelelahan biasa dialami ibu baharu.
BACA LAGI: Jimat bil elektrik, 7 tip pintar urus akuarium, terarium tanpa 'koyak' poket
BACA LAGI: Pesakit buah pinggang kronik nekad genggam PhD, hajat Dr Noraida terlaksana lepas 12 tahun
Suasana bilik hospital serba mewah lengkap dengan hiasan berkelas tinggi turut menyerlahkan keperibadian beliau yang sentiasa mengutamakan gaya hidup glamor.
Beliau dan suaminya, Dr. Nopparat Rattanawaraha, selamat berpantang di hospital mewah dan berkongsi detik kepulangan mereka di media sosial miliknya.
Ia sekali gus mendedahkan dekorasi bilik bayi yang direka khas.
Jika bilik bersalin Aon dihiasi mewah dengan sentuhan antarabangsa, bilik bayi Freyana pula menampilkan suasana sangat selesa dan bersahaja tetapi mengekalkan sentuhan berkelas tinggi.
Berbeza dengan bilik bayi yang cerah, Aon memilih warna tona bumi seperti krim, beige dan coklat lembut untuk warna dinding utama.
Kemewahan bilik Freyana terserlah melalui pemasangan 'wallpaper' bertema haiwan safari yang elegan dan menarik.
Kini, fokus pasangan itu beralih sepenuhnya kepada penjagaan Freyana yang dilihat sentiasa dikelilingi kemewahan dan kasih sayang sejak dilahirkan dalam persekitaran serba lengkap.
Untuk info, Aon merupakan seorang usahawan dan pemilik jenama mewah yang menjadi fenomena di media sosial terutamanya platform TikTok dan Instagram hasil daripada kandungan videonya.
Pempengaruh Thailand itu selalu mempamerkan gaya hidup mewah dan aktiviti membeli-belah, yang sering diiringi ungkapan ‘Thank You Kateyki’ kepada pengawal peribadinya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
