PENJIMATAN tenaga elektrik boleh dilakukan di setiap ruang rumah anda, termasuklah bagi pemilik hobi yang mempunyai akuarium dan terarium.
Menurut Persatuan Industri Bekalan Haiwan Kesayangan Jerman (IVH), terdapat beberapa langkah mudah boleh diambil bagi mengurangkan penggunaan elektrik tanpa menjejaskan kesihatan haiwan peliharaan anda.
Langkah-langkah itu disarankan oleh pakar bagi memastikan tangki hiasan rumah anda tidak membebankan bil bulanan.
BACA LAGI: Upah tolong bawa bungkusan ke luar negara, wanita dinasihatkan jangan terpedaya
BACA LAGI: 'ALLAH tak bagi kereta baharu masa mak hidup', anak kongsi rezeki melimpah lepas arwah ibu pergi
Pemilik disarankan memulakan usaha penjimatan dengan menebat tangki mereka.
Ia melibatkan lapisan pada bahagian dasar dan dinding luaran tangki menggunakan panel polistirena untuk meningkatkan penebat haba.
Langkah itu amat penting bagi terarium, kerana suhu tertentu adalah vital bagi memastikan reptilia kekal sihat.
Penebatan yang berkesan membolehkan pemanas bekerja kurang keras.
Seterusnya, pemilik akuarium dan terarium perlu memastikan mereka menggunakan teknologi yang betul.
Pam dan penapis moden yang direka untuk kecekapan tenaga selalunya menggunakan kurang elektrik berbanding model lama.
Bukan itu sahaja, peralatan seperti pam dan penapis mesti bersesuaian dengan saiz tangki untuk mengelakkan pembaziran tenaga atau prestasi yang tidak optimum.
Lampu LED adalah kunci utama kepada penjimatan kos pencahayaan akuarium.
Dalam aspek pencahayaan, Frank Lehmann dari Persatuan Kelab Akuarium dan Terarium Jerman (VDA) mengesyorkan lampu LED moden berbanding tiub pendarfluor untuk pencahayaan akuarium.
Bagi terarium pula, disarankan memasang pemasa untuk memastikan ia diterangi dengan betul dan mengelakkan waktu operasi berlebihan.
Bagi reptilia dari iklim sederhana, masa pencahayaan boleh dikurangkan kepada lapan hingga sembilan jam sahaja semasa musim sejuk.
Selain itu, menurut IVH, pemilik sesetengah spesis ikan boleh menjimatkan elektrik dengan tidak menggunakan pam oksigen atau batu gelembung.
Ini kerana ikan akuarium biasanya mendapat oksigen yang mencukupi dengan berenang di permukaan air.
Bagaimanapun, pemantauan perlu dilakukan untuk memastikan paras oksigen air kekal stabil.
Lehmann turut mengesyorkan penggunaan meter elektrik secara berkala untuk menyemak penggunaan lampu, pam dan penapis.
Menggunakan termometer digital untuk memeriksa suhu air adalah langkah bijak, kerana mengurangkannya hanya satu hingga dua darjah celsius akan memberikan kesan positif yang signifikan pada bil elektrik anda.
Manakala untuk reptilia berdarah sejuk dalam terarium memerlukan suhu yang tinggi, mencapai 40 hingga 50 celcius daripada lampu haba dan cahaya UV.
Sumber haba yang terhasil dari terarium itu sebenarnya boleh dimanfaatkan.
Haba itu boleh digunakan untuk memanaskan seluruh bilik.
Ini bermakna, anda boleh mematikan sistem pemanas bilik yang lain, sekali gus mengurangkan beban elektrik rumah anda. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
