JIKA anda menyangka cinta adalah faktor nombor satu yang menjadikan sesebuah rumah tangga bertahan lama, anda mungkin silap.
Menurut seorang pakar psikologi yang mengkaji hubungan pasangan, walaupun cinta adalah pemula, ia bukanlah penentu ketahanan jangka panjang.
Faktor nombor satu yang mengekalkan kebahagiaan dan keutuhan perkahwinan ialah bertolak ansur dan kompromi.
BACA LAGI: 'Interior' paling unik, kenali tiga gaya jarang didengar tapi beri fungsi, estetika berganda
BACA LAGI: Wanita dicerai talak tiga, kahwini bapa kepada 'penyondol' bekas suaminya
Pakar menjelaskan, cinta hanyalah emosi berkasih sayang yang mudah berubah-ubah mengikut tekanan hidup dan kesihatan.
Justeru, cinta sahaja tidak dapat melindungi anda daripada konflik atau menyelesaikan pertengkaran.
Pasangan bahagia sedar akan hakikat yang cinta tidak boleh memperbaiki setiap krisis, tetapi kompromi mampu menyelesaikannya.

Pasangan yang sihat akan belajar mengubah ‘cara saya’ dan ‘cara awak’ menjadi ‘cara kita’. — Gambar hiasan/Freepik
Tolak ansur berlaku apabila pasangan berjaya mengimbangi kehendak diri, pasangan dan apa yang terbaik untuk hubungan.
Daripada mengharapkan keserasian sempurna, pasangan yang sihat akan belajar mengubah ‘cara saya’ dan ‘cara awak’ menjadi ‘cara kita’.
Kajian menunjukkan bahawa tolak ansur yang berasaskan semangat ‘kita’ akan mengeratkan lagi ikatan selepas perselisihan faham kerana kedua-dua pihak melihatnya sebagai usaha bersama, bukan kerugian.

Lupakan pengorbanan besar, fokus pada tolak ansur kecil setiap hari. — Gambar hiasan/Freepik
Tolak ansur dalam kehidupan harian jarang memerlukan pengorbanan besar.
- Ia lebih kepada kesediaan untuk bertemu di pertengahan jalan.
- Ia mungkin tentang siapa yang menguruskan tugas rumah.
- Ia mungkin tentang cara meluangkan masa bersama.
- Ia mungkin hanya mendengar luahan pasangan tanpa memberi penyelesaian segera.
Apa yang utama, kedua-dua pasangan perlu berasa didengari dan dihormati.
Apabila pasangan sentiasa memberi ruang kepada keperluan masing-masing, ia akan membina sesuatu yang lebih kukuh daripada cinta.
Apakah itu? Ia adalah kebolehpercayaan dan kestabilan dalam rumah tangga. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
