TERKENAL dengan perwatakan mesra dan ramah bersama rakyat, Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga sering tampil sebagai suara intelektual yang memperjuangkan ketokohan dan ketamadunan bangsanya.
Hal itu bukan sahaja terserlah melalui kerja kebajikan dan pemerkasaan wanita, tetapi turut terpancar dalam usaha mengangkat khazanah perundangan serta warisan Melayu ke persada dunia.
Terbaharu, Tunku Azizah melakar sejarah tersendiri apabila menyampaikan syarahan rasmi di Universiti Oxford, United Kingdom.
BACA LAGI: Wakili Malaysia di tayangan perdana 'Wicked', Aisya Retno sempat berduet dengan Ariana Grande
BACA LAGI: 'Bertuahnya Piya', ibu terharu anak dapat kasih sayang, perhatian penuh ayah kandung, bapa tiri
Pencapaian itu bukan sahaja mengangkat martabat institusi diraja, malah mempamerkan keupayaan Malaysia, khususnya Pahang, di pentas akademik antarabangsa.
Syarahan bertajuk 'Pahang: Warisan Perlembagaan dan Maritim Melayu-Islam Yang Dilupakan' itu berlangsung pada pukul 9.45 pagi waktu tempatan, lalu menjadi medan untuk baginda membentangkan penemuan serta penghujahan ilmiah berkaitan kedudukan Pahang sebagai sebuah tamadun berdaulat.
Dalam pembentangan tersebut, baginda mengupas secara terperinci peranan Hukum Kanun Pahang sebagai antara Perlembagaan Melayu-Islam tertua yang pernah didokumentasikan.
Baginda dalam masa sama menegaskan bahawa teks tersebut bukan sekadar tinggalan sejarah, sebaliknya bukti kewujudan struktur pemerintahan, undang-undang dan pemikiran maritim yang maju dalam masyarakat Melayu silam.
Menurut kenyataan di laman Facebook Kesultanan Pahang, Tunku Azizah membawa suara sebuah kerajaan yang menuntut semula pengiktirafan terhadap Hukum Kanun Pahang sebagai nadi penting sejarah perlembagaan dunia.
Syarahan itu turut menepis anggapan bahawa warisan Melayu hanyalah nostalgia, sebaliknya ia adalah rekod bertulis yang memperlihatkan kekuatan intelektual, sistematik dan ketamadunan negeri Pahang.
Pembentangan Baginda di Universiti Oxford itu sekali gus membuktikan ketegasan serta peranan aktif baginda dalam memartabatkan sejarah Melayu-Islam, selain memastikan warisan bangsanya terus dihargai generasi dunia.
Mesra rakyat
Baginda juga dikenali sebagai Raja Permaisuri yang 'mesra rakyat' kerana sering turun padang ke hospital, rumah perlindungandan program kemasyarakatan tanpa protokol ketat.
Baru-baru ini, buat julung kalinya Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tampil mempersembahkan demonstrasi masakan tradisional Pahang pada festival bertaraf antarabangsa, Temasya Warisan Pahang 2025 yang berlangsung pada Ogos lalu.
Malah, seni kulinari dimiliki turut terserlah apabila hidangan acar buah baginda telah dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan masakan sempena Karnival Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Pahang sebelum ini.
Sentiasa memperjuangkan usaha keusahawanan wanita serta seni jahitan tradisional, ia sekali gus menjadikan Tunku Azizah antara tokoh diraja paling aktif dalam bidang pembangunan sosial dan warisan budaya negara. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
