SEORANG wanita di kota Jiangmen, China berdepan detik cemas apabila tiba-tiba rebah dan pengsan akibat hipoglikemia ketika dalam perjalanan pulang ke kediamannya.
Jalan bersendirian ketika kejadian, situasi tersebut walau bagaimanapun disedari pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang secara kebetulan berada di situ.
Menurut laporan media, wanita tersebut meminta pertolongan sebaik sahaja berasa lemah dan menunjukkan tanda-tanda awal kekurangan gula dalam darah.
BACA LAGI: 'Ini tentang hak wanita', Miss Universe Mexico diarah keluar, peserta lain tunjuk solidariti
Menyedari situasi itu, anggota penyelamat bertindak pantas memberikan bantuan kecemasan dengan menyediakan makanan segera bagi menaikkan paras gula darahnya.
Dalam kejadian itu, pasukan penyelamat dilaporkan memasakkan hidangan mi telur untuk wanita berkenaan sebagai langkah segera menstabilkan keadaan tubuhnya, sebelum diberikan bantuan perubatan lanjut.
Apa itu Hipoglikemia
Hipoglikemia atau kekurangan gula dalam darah merupakan situasi berbahaya yang boleh berlaku pada sesiapa sahaja, termasuk pesakit diabetes mahupun individu yang tidak mempunyai penyakit tersebut.
Menurut kajian agensi kesihatan antarabangsa Mayo Clinic, hipoglikemia berlaku apabila paras glukosa di bawah tahap normal lazimnya 70 mg/dL (3.9 mmol/L).
Glukosa merupakan sumber tenaga utama badan dan apabila ia jatuh terlalu rendah, tubuh gagal berfungsi seperti normal.
Gejala hipoglikemia
Simptom hipoglikemia boleh menyerang secara tiba-tiba dan sering hadir dengan petanda seperti:
- Pening kepala
- Tangan menggigil
- Berpeluh dan berasa sejuk
- Jantung berdebar
- Lemah tubuh
- Penglihatan kabur
Jika tidak dirawat segera, ia boleh menjurus kepada gejala lebih serius seperti kejang, koma dan lebih terus kes kematian.
Punca hipoglikemia
Walaupun sering dikaitkan dengan pesakit diabetes, hipoglikemia juga boleh berlaku kepada individu normal akibat beberapa faktor lain, termasuklah:
- Mengambil ubat tertentu secara tidak sengaja
- Pengambilan alkohol berlebihan tanpa makan
- Penyakit hati atau buah pinggang yang serius
- Kelaparan atau kurang zat berpanjangan
- Tumor pankreas (insulinoma) yang menyebabkan pengeluaran insulin berlebihan
- Masalah hormon
Hipoglikemia memerlukan rawatan segera dengan pengambilan makanan ataupun minuman tinggi gula bagi mengembalikan tenaga pesakit.
Bantuan awal penyelamat
Tindakan pantas anggota kesihatan Jiangmen memberi makanan kepada mangsa dianggap bertepatan dengan prosedur kecemasan hipoglikemia.
Wanita tersebut dilaporkan kembali stabil selepas menerima bantuan awal sebelum dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Insiden itu juga menjadi peringatan kepada orang ramai, terutamanya mereka yang sering berdiet, mengambil ubat tertentu atau mempunyai masalah kesihatan kronik, agar lebih peka terhadap tanda awal hipoglikemia yang sering disalah anggap sebagai keletihan biasa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
