Anak perlu kumpul kekayaan sendiri, Simon Cowell pilih salur harta ke pusat kebajikan kanak-kanak, haiwan


  • Bonda
  • Jumaat, 31 Okt 2025

Eric (tengah) satu-satunya anak lelaki hasil perkahwinan Simon dan Lauren. — Agensi

SELBRITI dan komposer terkenal, Simon Cowell kembali mencuri perhatian selepas mengeluarkan kenyataan tentang keluarganya.

Penerbit rancangan realiti televisyen, The X Factor dan Britain's Got Talent itu juga mengejutkan ramai apabila menyatakan bahawa tidak akan mewariskan harta kepada anaknya.

Simon dianggarkan mempunyai nilai kekayaan sekitar RM2.8 juta (AS$600 juta) mendedahkan bahawa ia tidak sesekali diberikan kepada anak lelakinya, Eric yang baru berusia 11 tahun.

BACA LAGI: Walau sudah 5 tahun cerai, wanita simpan aib suami, tak 'up' di media sosial, kekal positif jalani hidup

BACA LAGI: Hasil belajar kulinari di Seoul, redah pelbagai dugaan, kini Maryam-Ryzal buka cawangan ke-2 restoran sajian Korea

Hubungan Simon dan Eric (depan) yang erat walaupun di khalayak ramai. — Agensi

Sebaliknya, beliau memilih untuk menyalurkan seluruh wangnya kepada pusat kebajikan yang membantu kanak-kanak dan haiwan.

"Saya tidak percaya dengan konsep menyerahkan kekayaan daripada satu generasi kepada generasi seterusnya.

"Saya mahu anak bina kejayaan sendiri, bukan sekadar mewarisinya," katanya.

Meskipun kedengaran sedikit kasar, keputusan tersebut bukanlah mudah untuk dilakukan.

Bagi Simon, tindakannya bertujuan untuk mengajar nilai hidup yang jauh lebih berharga daripada wang.

"Saya tak terlalu berminat dengan wang. Saya mungkin akan bayarkan kolej, tetapi selebihnya biar dia sendiri," katanya.

Tambahnya, setiap kejayaan yang dikecapi selama ini adalah daripada usaha dan kerja kerasnya.

Justeru, kesungguhan dan keazaman itu juga mahu dipelajari oleh Eric.

Sebelum bergelar jutawan dalam dunia hiburan, Simon juga memulakan langkah kecil dari bawah di syarikat rakaman EMI Music.

Beliau menegaskan bahawa tidak mahu legasinya diukur melalui jumlah harta yang ditinggalkan.

"Legasi sebenar adalah apabila anda memberi peluang kepada orang lain untuk berjaya.

"Anda berkongsi masa, ilmu dan membantu mereka membina sesuatu yang bermakna," ujarnya.

Walaupun kenyataannya menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat kerana terlalu keras terhadap anak kecil, namun ia juga menjadi contoh kepada ibu bapa lain untuk bersikap lebih tegas.

Sementara itu, suami kepada usahawan terkenal, Lauren Silverman itu juga merupakan bapa tiri seorang lagi anak lelaki, Adam, 19. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram