KEWUJUDAN permainan video dalam talian kini semakin menjadi kebimbangan utama dalam kalangan ibu bapa.
Selain memberi impak negatif terhadap perkembangan anak, pendedahan kepada kandungan tidak sesuai secara tidak langsung akan menyebabkan ketagihan serta menjejaskan kesihatan mental kanak-kanak.
Pun begitu, ada juga yang melihat perkara tersebut daripada aspek berbeza.
BACA LAGI: Konflik berterusan, wanita, kanak-kanak jadi mangsa perlakuan 'kejam' di Sudan
BACA LAGI: 'Bayarlah seadanya', peluncur wanita Sabah hidupkan semangat komuniti melalui Sesi Tikar Mengkuang

Permainan dalam talian yang boleh menyebabkan ketagihan sekiranya tidak dipantau. — Gambar hiasan
Bagi seorang pemilik akaun Threads @natrahamiera, permainan itu bagaimanapun boleh menjadi medium dalam mengeratkan hubungan silaturahim sekiranya digunakan dengan cara yang betul.
Menurutnya, permainan seperti Roblox yang kini hangat dikaitkan dengan kes hampir meragut nyawa itu ternyata membantunya membina hubungan kasih sayang bersama anak tiri.
"Saya berkahwin dengan duda anak satu. Tempoh awal perkenalan dengan anak tiri saya muat naik Roblox.
"Saya ambil hatinya dengan main bersama dan Alhamdulillah hubungan kami semakin kuat.
"Apa sahaja tentang Roblox dia akan bercerita dengan ibu hampir setiap hari.
"Saya pernah beri Roblox Coin sebagai hadiah sebab pandai membaca jawi," tulisnya.
Menurutnya, masalah sahsiah diri atau keruntuhan akhlak yang timbul sejak kebelakangan ini bukanlah berpunca daripada bermain permainan sedemikan semata.
Sebaliknya, sikap dan cara individu menggunakan kemudahan yang ada sekarang.
"Saya pun tak boleh faham semua permainan yang ada dalam Roblox tetapi, saya pantau apa yang anak main.
"Contohnya, Grow garden, Brookhaven, Build House dan Tower.
"Kalau ada ibu bapa yang memang nak hentikan anak main Roblox boleh sahaja.
"Tetapi perlu juga cipta atau teroka minat baharu anak supaya mereka tidak memberontak," jelasnya.
Meskipun begitu, ibu bapa tetap disarankan untuk lebih peka dengan semua jenis permainan dalam talian yang kemungkinan memberi risiko kepada perkembangan anak.
Berikut merupakan 10 permainan yang kurang sesuai untuk dimainkan oleh kanak-kanak.
1. Blue Whale Challenge
Permainan berbahaya yang mendorong peserta melakukan cabaran ekstrem hingga mencederakan diri.
2. Momo Challenge
Watak menakutkan yang memberi arahan kepada kanak-kanak melakukan tindakan berbahaya.
3. Granny
Mengandungi unsur seram dan ganas yang boleh memberi trauma kepada kanak-kanak.
4. Doki Doki Literature Club
Bermula seperti permainan santai tetapi berakhir dengan tema kemurungan dan bunuh diri.
5. Sad Satan
Dikenali dengan kandungan gelap dan tidak sesuai untuk semua peringkat umur.
6. Yandere Simulator
Mengandungi elemen pembunuhan, cemburu ekstrem dan keganasan.
7. Five Nights at Freddy’s (FNAF)
Permainan seram yang boleh mengganggu emosi kanak-kanak kecil.
8. The Suicide Game atau The Game of 72
Cabaran berbahaya yang mendorong hilang tanpa khabar selama 72 jam.
9. Among Us (mod tidak rasmi)
Versi mod tertentu membolehkan komunikasi terbuka dengan orang asing tanpa kawalan.
10. Chat-based games dalam platform seperti Roblox dan Minecraft (tanpa kawalan ketat)
Boleh mendedahkan anak kepada individu tidak dikenali dengan mesej berunsur tidak bersesuaian. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
