Hasil belajar kulinari di Seoul, redah pelbagai dugaan, kini Maryam-Ryzal buka cawangan ke-2 restoran sajian Korea


  • Sukses
  • Jumaat, 31 Okt 2025

Pembukaan cawangan kedua restoran K Garden di KL East Mall, Kuala Lumpur pada Khamis. — Instagram/Ryzal

PASANGAN personaliti media sosial, Maryam Younarae dan Ryzal Ibrahim terus melebarkan sayap dalam dunia perniagaan dengan pembukaan cawangan kedua restorannya, K Garden di KL East Mall, Kuala Lumpur pada Khamis.

Langkah itu hadir selepas dua tahun pasangan berkenaan menempuh pelbagai cabaran dan dugaan sejak membuka cawangan pertama restoran berkonsepkan sajian Korea halal itu di IOI City Mall, Putrajaya.

Menurut pasangan itu, pembukaan cawangan baharunya menjadi tanda kesyukuran atas sokongan berterusan pelanggan dan pengikut di media sosial.

BACA LAGI: Kreatif! Beg, pakaian guna plastik, tekstil kitar semula, pernah raih perhatian pereka fesyen, Gaurav Gupta

BACA LAGI: Ibu berang bayi usia 3 bulan disuntik vaksin tamat tempoh, doktor buat muka tak bersalah!

Perjalanan baharu buat Maryam dan Ryzal dalam dunia perniagaan. — Instagram/Ryzal

"Alhamdulillah walau banyak cabaran dan kecaman yang kami lalui sepanjang dua tahun buka restoran Korea.

"Ryzal nak berkongsi rezeki ini dengan korang semua, jemput datang cawangan baru tahu. Doakan perjalanan bisnes kami," tulisnya.

Sejak ditubuhkan, restoran K Garden mereka tampil dengan identiti tersendiri apabila berjaya menggabungkan resepi asli Korea mengikut cita rasa tempatan.

Setiap sajian juga dihasilkan dengan penuh teliti dan menggunakan bahan yang segar hasil kepakaran kulinari Maryam ketika menuntut di Seoul, Korea.

Berkonsepkan bufet dan berbeku, restoran tersebut sememangnya menawarkan pengalaman menjamu selera dalam suasana moden dan mesra keluarga.

Untuk rekod, Maryam yang berasal dari Korea Selatan itu mula dikenali di Malaysia selepas mendirikan rumah tangga dengan Ryzal menerusi saluran YouTube DurianKimchi.

Pasangan itu mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan makanan selepas mendapat sambutan hangat daripada pengikut mereka.

Hasil perkahwinan pada 15 Ogos 2019, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Rina dan Nik You Rian. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram