Kreatif! Beg, pakaian guna plastik, tekstil kitar semula, pernah raih perhatian pereka fesyen, Gaurav Gupta


  • Gaya
  • Khamis, 30 Okt 2025

Beg mesra alam dihasilkan menggunakan sisa plastik dan tekstil yang dikitar semula. — Agensi

KEPRIHATINAN terhadap isu pencemaran sisa tekstil mendorong masyarakat di India menghasilkan aksesori dan pelengkap gaya seperti beg menggunakan bahan terpakai yang boleh dikitar semula.

Inisiatif menerusi sebuah organisasi dikenali sebagai EcoKaari diasaskan oleh Nandan Bhat itu menghasilkan produk tenunan tangan diperbuat daripada sisa plastik.

Selain mengatasi masalah lambakan sisa, ia sekali gus membuka peluang ekonomi terutama kepada wanita luar bandar untuk menjana pendapatan.

BACA LAGI: Ibu berang bayi usia 3 bulan disuntik vaksin tamat tempoh, doktor buat muka tak bersalah!

BACA LAGI: 'Saya pernah hadiahkan Rodblox Coin sebab pandai baca jawi', game erat 'bonding' ibu dan anak tiri

Setiap proses penghasilannya juga dikongsikan menerusi video yang dimuat naik di media sosial.

Dalam video sama, mempamerkan fasa memilih pek bungkusan mi segera lalu dibersihkan sebaik-baiknya.

Setiap helaian plastik dipotong menjadi kepingan kecil, kemudian digulung sebelum ditenun semula menjadi helaian fabrik baharu yang cantik dan tahan lama.

Seterusnya, potongan kecil plastik tersebut dijahit mengikut reka bentuk moden untuk dijadikan koleksi beg konsep mesra alam.

Beg tersebut boleh digayakan dengan pelbagai cara sama ada dipakai pada bahu atau diselempang di badan.

Projek tersebut secara tidak langsung menghidupkan semula nilai baharu menggabungkan elemen kitar semula dalam dunia fesyen.

Menariknya, EcoKaari turut mengambil langkah bekerjasama dengan pereka fesyen India, Gaurav Gupta untuk membawa jenama itu pada pertunjukan Minggu Fesyen Lakme pada 2021. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram