Bukan Uqasha-Kamal saja, rupanya ramai alami pengalaman 'error' sijil nikah, lokasi, ejaan nama suami beza


  • Cinta
  • Khamis, 23 Okt 2025

Ramai pasangan suami isteri turut berkongsi pengalaman sama berdepan dengan kesilapan fakta pada sijil akad nikah. — Gambar hiasan/AI

KESILAPAN maklumat dalam sijil nikah yang menjadi isu tular di media sosial baru-baru ini nampaknya membuka ruang kepada orang ramai untuk berkongsi pengalaman serupa.

Perbualan hangat itu dibahaskan rentetan kenyataan pelakon Uqasha Senrose berkaitan kesalahan tarikh nikah dengan suaminya, Kamal Adli pada November 2021.

Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen turut mendakwa hanya mengetahui perkara itu selepas menghadiri prosiding perceraian di mahkamah pada pagi Rabu.

BACA LAGI: Perkahwinan sah, beza tarikh akad dengan tarikh dalam sijil nikah mungkin teknikal — Mufti Terengganu

BACA LAGI: Wanita jangan keliru, peguam jelaskan nafkah bukan dalam bentuk wang tunai semata kecuali situasi tamlik

Uqasha mendakwa wujud perbezaan antara majlis akad nikah yang diketahuinya dengan tarikh tercatat dalam sijil nikah rasmi. — Instagram/uqashasenrose2

Selain tarikh, ramai juga pasangan mendedahkan bahawa kesilapan tersebut turut melibatkan lokasi akad nikah.

Seorang pengguna akaun Threads, @mama_m.d.a berkongsi bahawa tarikh dan lokasi yang tercatat pada sijil dan kad nikahnya juga tidak sepadan dengan hari sebenar beliau bernikah.

Pun begitu, beliau berkata, ia bukanlah perkara besar yang menyebabkan perkahwinan tidak sah dan kesilapan itu boleh dibetulkan di pejabat agama.

"Rujuk sahaja pejabat agama, mereka akan betulkan dan keluarkan kad baharu," tulisnya.

Malah, pengguna lain, @nianadiamazlin turut berkongsi pengalaman sama dan tidak ragu-ragu dengan kesahihan perkahwinannya.

"Tarikh akad nikah aku 25 Ogos, tetapi tarikh dekat kad nikah tersalah, pejabat agama buat 27 Ogos.

"Tiada masalah besar, yang penting cukup syarat dan rukun nikah," jelasnya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna, @ssff_000 berkongsi caranya mengatasi masalah berkenaan.

"Nikah saya sehari sebelum tetapi tarikh direkod dalam sijil ikut kad jemputan.

"Nikah itu sah sahaja. Untuk urusan rasmi saya guna tarikh dalam sijil nikah.

"Awal-awal memang tertekan juga, tetapi tiada isu besar pun. Boleh sahaja daftar surat beranak atau sebagainya," kongsinya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram