Sia-sia ubah suai jadi rumah mewah, mentua datang mengejut, 'claim' tanah, halau menantu


  • Bonda
  • Isnin, 20 Okt 2025

Konflik dan perebutan tanah antara menantu dan keluarga mentuanya di Sulawesi, Indonesia baru-baru ini.

SITUASI tegang yang berlaku antara seorang wanita dan keluarga mentuanya di Soppeng, Sulawesi, Indonesia baru-baru ini menjadi bualan hangat warga maya.

Berdasarkan video tular di media sosial, pergaduhan tersebut berlaku selepas sebuah rumah mewah dibangunkan oleh wanita tersebut.

Dalam video sama, keluarga mentua dilihat menerjah masuk dalam keadaan marah sambil mendakwa bahawa rumah tersebut dibina di atas tanah miliknya.

BACA LAGI: 'Jangan keluar rumah bila gaduh', suami tiru cara bapa kawal emosi ketika berdepan konflik

BACA LAGI: Diperli membazir, wanita tak kisah habis beribu setiap bulan, lega beli rumah usia muda, pelaburan berbaloi!

Keadaan menjadi lebih tegang apabila beberapa perabot seperti kerusi, meja dan barangan lain dibawa keluar oleh ahli keluarga mentua wanita berkenaan.

Bahkan, menantu perempuan turut dikatakan dihalau dan tidak dibenarkan untuk menetap di rumah tersebut.

Video itu sekali gus menerima pelbagai reaksi yang rata-ratanya menganggap tindakan mentua tidak menghargai usaha menantu membantu mendirikan kediaman baharu.

Punca sebenar insiden tersebut berlaku bagaimanapun belum dapat dipastikan lagi setakat ini.

"Jadikan pelajaran, jangan sesekali membangunkan rumah di atas tanah yang tidak jelas pemiliknya. 

"Kalau dah jadi begini, siapa yang mahu disalahkan," komen pengguna Facebook Adibar Anugrah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram