Diperli membazir, wanita tak kisah habis beribu setiap bulan, lega beli rumah usia muda, pelaburan berbaloi!


  • Hias
  • Isnin, 20 Okt 2025

Memiliki rumah sendiri memberi ketenangan bagi seseorang dan disifatkan pelaburan berbaloi demi jaminan masa depan. — Gambar hiasan/AI

MEMILIKI rumah pada usia muda mungkin dianggap sebagai satu beban kewangan.

Namun, seiring waktu berjalan, semakin ramai menjadikan ia sebagai satu keutamaan dalam hidup.

Golongan muda juga antara yang dilihat lebih berani membuat komitmen jangka panjang demi menjamin kestabilan masa depan.

BACA LAGI: Tak boleh ulas topik sesuka hati, 'influencer' di China wajib ada sijil akademik profesional

BACA LAGI: Menang tanpa bertanding acara silat, bapa 'paksa' anak buang pingat, koyak sijil, didik nilai integriti

Ruang dalaman rumah yang minimalis memberi ketenangan kepada isi rumah. — @far4na

Bukan semata untuk pelaburan, tetapi ia juga sebagai ruang peribadi yang memberi ketenangan kepada si penghuni.

Sama seperti hantaran dikongsikan oleh seorang pengguna akaun Threads @far4na baru-baru ini.

Meskipun terdapat segelintir individu yang mempersoalkan tindakannya membeli rumah pada usia muda, ia sesekali tidak menjadi satu penyesalan buatnya.

Baginya, keputusan itu memberi jaminan memiliki tempat berteduh dengan tenang dan bebas.

"Orang selalu cakap saya membazir duit sebab muda lagi tambah pula perempuan, tetapi nak beli rumah habis RM1,000 setiap bulan.

"Kata mereka lebih baik laburkan duit untuk cantikkan diri atau sebagainya.

"Tetapi, jujurnya keutamaan saya adalah setiap hari tak kisah apa pun terjadi sentiasa ada tempat untuk pergi iaitu rumah," kongsinya.

Hantaran tersebut turut disertakan dengan beberapa gambar rumahnya.

Dengan berlatarbelakangkan pemandangan hijau dan alam semula jadi yang indah, ia semestinya menjadi tempat selamat baginya.

Meninjau pula ke sekitar ruangan dalam kediamannya yang lengkap dengan hiasan ringkas dengan pemilihan gabungan rona putih, kelabu dan hitam cukup memberi suasana tenang.

Perkongsiannya bagaimanapun menerima sokongan ramai di media sosial.

Rata-rata warga maya turut bersetuju dengan keputusan wanita berkenaan kerana berfikiran lebih jauh ke hadapan.

"Terbaik, awak buat keputusan yang paling bagus dalam hidup.

"Awak tak ambil kesempatan dan rumah pertama boleh dijadikan sebagai aset atau pelaburan masa depan," komen @mamat_zulkiflibi.

"Belilah rumah, rumah pertama saya pun pada usia 24 tahun dan umur 44 tahun pun masih membeli rumah lagi.

"Pada saya, biarlah kita bersusah daripada bayar rumah orang yang bukan milik kita.

"Janji ada hak kita dalam itu dan sebagai ladang pahala untuk waris yang akan ditinggalkan nanti," tambah @roharlina. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram