[VIDEO] 'Serai, cili padi pun ada', terhibur gelagat Janna Nick, suami beli barang dapur bajet RM200 di London


  • Cinta
  • Sabtu, 18 Okt 2025

Janna dan suaminya berbelanja sekitar £50 (RM284) membeli sayuran dan buahan di London.

BERHIJRAH ke luar negara bukan satu perkara mudah terutamanya individu yang terpaksa berpindah atas faktor pengajian ataupun pekerjaan.

Selain berdepan perubahan cuaca, budaya dan gaya hidup, cabaran paling besar bagi kebanyakan pihak atau pasangan suami isteri ialah menyesuaikan diri dengan kos sara hidup serta perbelanjaan harian yang jauh berbeza berbanding di tanah air.

Situasi itu turut dirasai pasangan selebriti popular tanah air Janna Nick dan suaminya, Dini Schatzman yang baru-baru ini berkongsi perbelanjaan membeli barangan dapur dengan bajet sekitar £50 (RM284) di kota London.

BACA LAGI: Gagal lunas nafkah, Nurin Alisa dakwa bekas suami enggan jaga anak, dibiarkan tidur luar rumah

BACA LAGI: Adik-beradik sepatutnya tiada yang susah, kongsi rezeki jika ada melarat — Da'i Izzhar

Menerusi video dimuat naik di laman Instagram, Janna dan Dini dilihat tersenyum puas sambil menunjukkan hasil pembelian pelbagai sayuran serta buahan segar termasuk serai, jagung, cili padi, mangga, strawberi, pisang, udang dan ikan mackerel.

Biarpun jurang mata wang di sana agak tinggi berbanding di Malaysia, pasangan dua sejoli itu menyifatkan ia masih lagi berbaloi ekoran pelbagai jenis sayuran dibeli.

Antaranya, mangga tiga biji £2 (RM11), strawberi sepaket £1 (RM5.70), pisang sesikat £1 (RM5.70),  udang segar £11 (RM62) sekilogram, manakala empat ekor ikan mackerel turut berharga £11 (RM62) menjadikan jumlah keseluruhan pembelian sekitar £50 sahaja.

Terdahulu, gelagat Janna dan Dini mencari rumah sewa di kota London turut mencuri tumpuan peminat apabila mereka difahamkan menghuni kediaman lengkap berperabot dengan kadar sewa RM22,690 sebulan.

Kediaman pilihan pasangan terbabit mempunyai dua bilik tidur, dua kamar mandi, dapur lengkap peti sejuk dan mesin basuh serta kabinet.

Usai menetap di sana untuk tempoh tertentu, pasangan terbabit terus berkongsi perjalanan mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu termasuk urusan harian seperti membeli bahan masakan tempatan.

Difahamkan, kedua-duanya berada di London untuk menyambung pengajian dalam bidang berkaitan seni perfileman sebagai sebahagian daripada perkembangan kerjaya mereka dalam industri hiburan tanah air.

Biarpun kini bergelar pelajar dan sibuk dengan urusan akademik, Janna serta Dini kekal aktif berkongsi aktiviti harian mereka di negara asing sekali gus memberi inspirasi kepada masyarakat yang mungkin bakal melalui pengalaman serupa kelak.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram