‘She’s there’, Adam Shamil hargai pengorbanan nenek, penyokong terbesar dalam hidup


  • Bonda
  • Sabtu, 18 Okt 2025

Pempengaruh berusia 31 tahun itu menggambarkan neneknya sebagai penyokong terbesar, pengkritik paling jujur dan 'jantung' di setiap usahanya.

PEMPENGARUH dan usahawan kelahiran Sabah, Adam Shamil meluahkan penghargaan buat neneknya, Rose yang menjadi tulang belakang kejayaannya selama ini.

Adam atau nama sebenarnya, Adam Shamil Misran menerusi hantaran di TikTok pada Jumaat berkongsi beberapa gambarnya bersama nenek yang membesarkan beliau dengan penuh kasih sayang sejak kecil.

Menurutnya, nenek beliau menjadi penyokong terbesar dalam setiap langkah kehidupannya dari zaman sekolah hingga detik genting ketika beliau hampir hilang keyakinan diri.

BACA LAGI: Siti Siti Saleha dilantik Profesor Adjung Universiti Taylor, 3 lagi selebriti wanita bergelar pendidik

BACA LAGI: Dari dunia fesyen ke sukan bola sepak, Madam Pang terus ukir nama dalam sejarah Thailand

"Sebelum perjalanan bermula, wujudnya Chunk & Dunk, ada beliau, insan yang percaya pada saya sebelum sesiapa pun. She's there.

“Apabila saya melakukan kesilapan dan hilang keyakinan diri, beliau tidak pernah berputus asa terhadap saya.

"Ketika memulakan Chunk & Dunk, nenek orang pertama yang percaya dengan impian tersebut,” katanya lagi.

Ujar Adam, setiap kejayaan yang dikongsi di media sosial sebenarnya berakar daripada doa dan sokongan wanita hebat itu.

Pempengaruh berusia 31 tahun itu menggambarkan neneknya sebagai penyokong terbesar, pengkritik paling jujur dan 'jantung' di setiap usahanya.

"Sama ada ketika bekerja lewat malam untuk ubah suai kedai atau meraikan detik kejayaan, setiap kali saya mencipta sesuatu yang baharu, beliaulah orang pertama mencuba dan berkata jujur.

“Di sebalik setiap pencapaian anda lihat di media sosial, ada seorang nenek diam-diam mendoakan saya di rumah.

"Tidak kira sejauh mana pergi, sebanyak mana saya bina atau ke mana hidup membawa saya, nenek akan sentiasa ada,” tulisnya.

Adam yang berasal dari Kota Kinabalu berkata, perniagannya dibina berasaskan kasih sayang, pengorbanan dan doa dua wanita penting dalam hidupnya, yakni nenek dan ibu.

“Kepada semua yang melangkah masuk ke Chunk & Dunk, ingatlah, tempat ini dibina dengan kasih sayang dan doa daripada nenek dan ibu saya.

"Mereka tidak pernah berhenti percaya bahawa saya mampu berjaya,” kongsinya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram