[VIDEO] Demi bersama anak, lelaki tinggalkan ladang minyak, labur bisnes ATM, kini 'income' RM64,000 sebulan


  • Cinta
  • Rabu, 15 Okt 2025

Kini, usahawan itu memiliki 35 mesin ATM di pelbagai lokasi, memberikan pendapatan pasif mencecah RM64,000 sebulan.

SEORANG usahawan lelaki menarik perhatian ramai selepas berkongsi kisah bagaimana beliau dan keluarga mengubah nasib hidup mereka.

Menurut lelaki dikenali sebagai Juan Jeronimo itu, lima tahun lalu beliau bekerja di ladang minyak dan terpaksa berjauhan daripada teman wanitanya selama hampir 10 hari setiap kali bertugas.

Keadaan itu membuatkan dirinya sedar betapa sukar untuk menyeimbangkan kerjaya dan kehidupan peribadi.

BACA LAGI: [VIDEO] 20 tahun dipenjara Zionis, bapa bertemu anak OKU buat kali pertama

BACA LAGI: [VIDEO] Satu pesawat nyanyi lagu hari jadi Mat Zin ke-100 tahun, cucu kongsi atuk teringin nak jumpa Tun M

“Saya sedar tidak boleh terus hidup begitu. Saya hanya nampak dua pilihan, sama ada terus bekerja di ladang minyak dan merosakkan hubungan kami atau lakukan sesuatu untuk masa depan keluarga,” katanya menerusi perkongsian video di akaun X miliknya pada Isnin.

Keputusan besar diambil apabila beliau berhenti kerja dan mula mencari peluang baharu.

Dari situlah Juan Jeronimo menemui 'jalan pintas' kepada kebebasan kewangan.

Dengan modal AS$2,300 (RM9,700) beliau membeli mesin pengeluaran wang automatik (ATM) lalu meletakkannya di sebuah restoran di Mexico.

Di dalam ATM tersebut beliau mengisi AS$1,000 (RM4,200) sebagai permulaan dan menetapkan caj tambahan AS$3.5 (RM15) bagi setiap transaksi.

Ujarnya, selepas sebulan, mesin itu mencatat 72 transaksi, menghasilkan AS$252 (RM1,000) keuntungan bersih.

"Kejayaan kecil itu menjadi pemangkin untuk saya melabur lebih banyak," katanya.

Menjelang 2022, beliau sudah memiliki sembilan mesin ATM yang menjana pendapatan kira-kira AS$5,000 (RM21,000) sebulan.

Kini, usahawan itu memiliki 35 mesin ATM di pelbagai lokasi, memberikan pendapatan pasif mencecah AS$15,000 (RM64,000) sebulan.

Namun, bagi Juan Jeronimo, angka itu bukanlah segalanya.

“Bahagian paling indah ialah saya kini mempunyai masa tanpa had untuk bersama anak-anak.

"Kami boleh bercuti bila-bila masa kami mahu,” ujarnya.

Beliau turut menyifatkan sistem pekerjaan moden seolah-olah 'memerangkap' manusia untuk bekerja sepanjang hayat.

“Sistem mahu anda bekerja tanpa henti. Kami hanya gunakan mesin ATM sebagai ‘jalan pintas’ untuk keluar daripada sistem itu,” jelasnya lagi. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram