Baru awal bulan BUDI95 dah tinggal separuh, 'sales advisor' merungut kuota 300 liter tak cukup isi minyak kereta pelanggan


  • Bisnes
  • Rabu, 08 Okt 2025

Kuota petrol BUDI95 adalah untuk setiap individu yang layak dan tidak boleh dikongsikan atau dipindahkan kepada orang lain. — Gambar hiasan

SEORANG jurujual kereta baru-baru ini membuat rungutan di media sosial mengenai inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) hingga mendapat perhatian ramai.

Penasihat jualan atau sales advisor (SA) terbabit, @azman_mudaaa mendakwa kuota 300 liter petrol RON95 yang diperuntukkan kerajaan kepada individu berkelayakan tidak mencukupi lagi-lagi bagi penjual kereta sepertinya.

Dalam hantaran tersebut, jurujual berkenaan mendakwa, kuota 300 liter subsidi sudah hampir separuh digunakan walaupun baru memasuki minggu pertama bulan Oktober.

BACA LAGI: Kelayakan BUDI95 dah boleh disemak, ada 4 sebab anda mungkin 'terlepas' harga subsidi RM1.99

BACA LAGI: Tren MySawasdee dari Padang Besar lepasi ujian, Surat Thani dijangka saingi populariti Hat Yai

KOTA BHARU, 30 Sept -- Orang ramai menikmati manfaat inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dengan mengisi minyak pada harga baharu RM1.99 seliter ketika tinjauan di sebuah stesen minyak Pasir Pekan, hari ini.Sebanyak 16 juta rakyat Malaysia layak mula menikmati manfaat inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) tepat pada 12 tengah malam tadi.Inisiatif itu menetapkan harga petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter berbanding RM2.05 seliter sebelum ini, dengan setiap individu diberi kelayakan sehingga 300 liter sebulan. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA

 Kuota petrol BUDI95 300 liter sebulan adalah khusus untuk kegunaan peribadi dan tidak boleh dikongsi dengan ahli keluarga lain, kerana ia adalah subsidi bersasar yang berdasarkan kelayakan individu dengan lesen memandu aktif.  — Gambar hiasan/ Bernama

“Baki subsidi minyak korang tinggal berapa lagi? Baru 6hb saya punya dah tinggal separuh. Stok-stok kereta pelanggan harus dihantar, harus isi minyak. 

"Nak tak nak kena pakai subsidi sebab minyak kita bagi percuma kalau beli kereta dengan kita,” katanya sambil memuat naik resit isian petrol dengan baki tertulis 154.6 liter.

Azman turut mempersoalkan keadilan dasar tersebut, dengan menegaskan bahawa dirinya juga rakyat Malaysia yang bekerja keras dan memerlukan petrol untuk urusan kerja seharian.

Namun, luahan itu mengundang reaksi berbeza daripada pengguna lain yang menganggap tindakannya menggunakan subsidi untuk tujuan selain kegunaan peribadi sebagai tidak wajar.

Seorang pengguna Threads lain, @alexanderfaiz yang turut bekerja sebagai jurujual kereta menegur tindakan tersebut dan berkata, dia tetap menggunakan petrol tanpa menuntut subsidi untuk urusan kerja.

“Aku pun jual kereta jugak. Apabila ada BUDI95 ni, aku isi minyak macam biasa tapi bukan pakai kuota subsidi. 

"Aku isi RM2.60 per liter macam biasa. Had aku masih sama, RM70 per kereta. Ada benda kita nak buat baik, kita buat tanpa berkira.

"Ada benda kalau dah sampai ambil hak kita, kita tahan," nasihatnya di ruangan komen.

Ramai turut menasihatkan jurujual berkenaan supaya lebih bijak mengurus strategi jualan tanpa membebankan subsidi peribadi.

“Kenapa isi pakai kuota sendiri? Itu subsidi untuk kegunaan peribadi, bukan untuk syarikat. Tak masuk akal bila kena guna (subsidi individu) untuk kerja," komen @sincerelyninie.

Cadangan memberi tambah nilai Touch ‘n Go sebagai ganti minyak percuma merupakan alternatif kepada isian minyak menggunakan BUDI95. — Gambar hiasan/ Touch 'n Go

Seorang pengguna lain @bhacosem turut bersetuju dan berpendapat subsidi petrol RON95 itu adalah bagi kegunaan peribadi dan bukan untuk tujuan kerja.

"Awak komplen kerana kena pakai duit sendiri. Saya rasa awak fikir balik semula strategi itu," ujarnya.

Ada juga yang mencadangkan agar syarikat atau pasukan operasi mencari alternatif seperti memberikan tambah nilai Touch ‘n Go RM50 atau baucar tunai kepada pelanggan sebagai ganti minyak percuma.

“Tukar polisi — no more free fuel. Tawarkan benda lain pula. 

"Pelanggan pasti faham. Tak perlu sampai menjejaskan kuota subsidi sendiri,” ujar seorang lagi pengguna.

Program BUDI95 yang dilaksanakan kerajaan bertujuan menyalurkan bantuan subsidi petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter dengan had penggunaan 300 liter sebulan bagi setiap individu layak. 

Kuota 300 liter bulanan tidak boleh dikongsikan atau dipindahkan kepada orang lain. 

Jika penggunaan petrol melebihi 300 liter sebulan, jumlah lebihannya akan dikenakan harga pasaran tanpa subsidi (RM2.60 seliter). — Majoriti 

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram