'Tak sangka setahap itu dia benci saya', momen 'pahit' kembar tak 'ngam' rai hari jadi, syukur adik-beradik lain, sepupu reda suasana


  • Cinta
  • Khamis, 09 Okt 2025

Sambutan ulang tahun sepasang kembar yang penuh dengan drama dan konflik. — Gambar hiasan/AI

SAMBUTAN hari lahir yang seharusnya menjadi momen bahagia berakhir dengan pengalaman pahit bagi sepasang kembar.

Berdasarkan kisah dikongsikan pengguna akaun Threads @akutulisapa yang merupakan salah seorang daripada kembar, kejadian dikatakan berlaku ketika meraikan ulang tahun kelahiran mereka di rumah ibu.

Segalanya bermula apabila kembarnya menghubungi ibu memaklumkan hasrat untuk mengadakan sambutan hari jadi dan akan datang membawa kek.

BACA LAGI: Selamba suap bayi 8 bulan roti shawarma, wanita trauma tinggal anak dengan ibu mentua

BACA LAGI: Koleksi baharu imbau nostalgia zaman kanak-kanak, Dr Cardin jemput Bella Astillah, Nadhir Nasar jadi penghias kempen

Kebetulan menurutnya, adik-beradik lain turut berada di rumah ibu kerana sedang cuti sekolah.

"Bila dia cakap nak bawa kek, kami semua ingat itu kek untuk sambutan kami berdua.

"Lagipun, kami kembar, jadi automatik hari lahir kami jatuh pada tarikh sama," tulisnya.

Namun, suasana bertukar janggal apabila dua biji kek tiba-tiba muncul di meja.

Kek pertama dibawa oleh kembarnya manakala kek kedua pula dibeli oleh sepupu selepas mendapati kek pembelian kembarnya itu hanya tertera nama si kakak.

"Semua orang jadi serba salah nak nyanyi Happy Birthday sebab kek cuma ada satu nama.

"Saya buat muka biasa sahaja. Dah tahu perangai dia suka bersaing, tapi tak sangka sejauh itu dia sanggup tidak letak nama saya langsung," tambahnya.

Beberapa minit kemudian, abang bersama kakak ipar mereka tiba dengan sebiji kek ketiga yang tertulis Happy Birthday Twin.

Kek tersebut secara tidak langsung dapat meredakan suasana tegang di majlis tersebut.

"Bila tetamu makan ketiga-tiga kek yang ada bersama menu lain, ada juga pelawa saya makan kek.

"Saya makan semua menu kecuali kek nombor satu yang kembar saya beli. Nampak tak ikhlas," katanya.

Tambahnya lanjut, "Tak sangka setahap itu dia benci saya. Orang memang kata kami kembar pelik sebab tak ngam.

"Saya tak membenci walau dia selalu gunakan dan jatuhkan saya semata nak tunjuk lebih hebat."

Sejak kejadian itu, setiap kali ditanya tentang sambutan hari lahir, beliau hanya mahukan sepotong kek sahaja dan bukan sebiji.

"Cukuplah sekadar sepotong. Saya tak mahu lagi drama tiga kek," jelasnya.

Meskipun begitu, beliau tetap bersyukur kerana dikelilingi ahli keluarga lain yang penyayang, prihatin dan tidak membiarkan dirinya berasa tersisih. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram