JENAMA kasut tempatan terkenal, Dr Cardin buat pertama kalinya menganjurkan pertunjukan fesyen secara live streaming bagi mempersembahkan koleksi terkini mereka di pada Selasa.
Dihoskan oleh pelakon dan pengacara terkenal, Amelia Henderson, acara ini turut menampilkan bintang kempen koleksi terbaharu Dr Cardin iaitu pelakon, Nadhir Nasar dan penyanyi, Bella Astillah.
Acara itu juga berlangsung meriah dengan kehadiran tetamu istimewa, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq bagi mempromosikan koleksi terbaharu Dr Cardin.
BACA LAGI: Akui sukar imbang akademik, kerjaya dan keluarga, Dr. Amalina buktikan mampu genggam PhD
BACA LAGI: Selamba suap bayi 8 bulan roti shawarma, wanita trauma tinggal anak dengan ibu mentua

Antara koleksi The Origin Heritage Sneakers Denim Series yang dilancarkan pada Selasa.
Ketua Pegawai Penjenamaan Dr Cardin, Chong Charl Yee berkata, sebagai legasi seterusnya yang mengambil alih perniagaan keluarga, beliau terpanggil untuk mengembalikan semula nostalgia zaman kanak-kanaknya dengan membawa konsep Kedai Runcit untuk acara kali ini.
"Biarpun sejak tahun lalu (2024) Dr Cardin menjenamakan semula jenama kami kepada rekaan yang lebih terkini mengikut peredaran fesyen semasa, tetapi kami juga ingin menerapkan nilai autentik yang telah wujud sejak lebih 35 tahun lalu.
"Disebabkan itu, dalam koleksi kali ini, kami mengeluarkan koleksi The Origin Heritage Sneakers Denim Series dengan duit syiling yang diselitkan bersama.
"Syiling RM1 sudah tiada lagi, jadi kami tampil dengan idea ini untuk mengembalikan semula nostalgia zaman kanak-kanak di mana kita selalu menggunakan syiling itu bila ke kedai runcit," katanya.

Gabungan kasut denim yang menyerlahkan lagi gaya si pemakai. — Instagram/Dr Cardin
Bercerita lanjut tentang penggunakan material denim untuk koleksi ini, Charl Yee berkata, Dr Cardin merupakan jenama kasut tempatan pertama yang berani mengambil risiko mengeluarkan rekaan sneakers menggunakan material denim.
"Pada mulanya kami agak risau juga untuk menggunakan denim kerana tidak mahu kelihatan terlalu rugged memandangkan kasut ini direka bercirikan unisex.
"Tetapi, selepas melihat hasil rekaan sudah siap, kami yakin dengan keputusan yang dibuat," jelasnya.
Turut dilancarkan pada acara tersebut iaitu Drift Ballet Sneakers yang semakin menjadi kegilaan ramai.
Menariknya, rekaan koleksi tersebut ditambah dengan ciri khas iaitu saiznya yang lebih lebar daripada kasut seumpamanya di pasaran.
"Kami mendengar keluhan ramai tentang saiz Ballet Sneakers yang agak kecil dan tidak sesuai dengan bentuk kaki rakyat Malaysia.
"Jadi, kami hasilkan rekaan mengikut saiz kaki kebanyakan rakyat Malaysia supaya mereka lebih selesa dan tidak mengadu sakit kaki.
"Kami turut menambah dwi-span yang lebih empuk agar lebih selesa ketika dipakai," kongsinya.

Drift Ballet Sneakers yang hadir dalam pelbagai saiz sesuai buat para wanita. — Instagram/Dr Cardin
Dr Cardin pada masa sama melancarkan koleksi Drift Sneakers yang dengan saiznya mengikut jantina.
Hadir dalam tujuh warna untuk lelaki dan lapan warna untuk wanita.
Ia sememangnya sesuai digayakan ketika beriadah mahupun melakukan aktiviti harian di luar.
Tidak lengkap seandainya koleksi ini tidak disertakan dengan beg tangan.
Dr Cardin turut mengambil pendekatan dengan memperkenalkan dua koleksi beg baharu iaitu Era Bag dan Dome Bag.
Ia disertakan dalam pelbagai saiz dan material, beg ini juga sesuai digayakan untuk aktiviti seharian.
Menampilkan Nadhir Nasar dan Bella Astillah sebagai bintang utama kempen ini, kedua-dua figura itu mempunyai ciri yang paling dekat dengan penampilan Dr Cardin.

Koleksi beg baharu dengan gabungan warna lembut dan terang melengkapi gaya harian anda. — Instagram/Dr Cardin
"Identiti jenama kami adalah cheeky humble.
"Jadi, kami perlukan bintang yang sangat merendah diri tetapi pada masa sama mempunyai sifat cheeky.
"Nadhir dan Bella ada ciri-ciri tersebut dan mereka sangat disayangi rakyat Malaysia," ujarnya.
Kesemua koleksi ini boleh didapatkan secara dalam talian menerusi akaun TikTok Dr Cardin dan aplikasi Shopee. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
