'Ayah sanggup berkorban nak anak berjaya', peniaga Bang Sudu balas jasa, hadiahkan kereta baharu untuk bapa


  • Bonda
  • Selasa, 30 Sep 2025

Bang Sudu (kiri) menghadiahkan sebuah kereta pacuan empat roda (4x4) buat bapanya.

KEJAYAAN seorang peniaga atau lebih dikenali sebagai Bang Sudu membuka sebuah kedai di Desa Coalfields, Sungai Buloh, Selangor sebelum ini sememangnya memberi inspirasi kepada orang ramai.

Bang Sudu atau nama sebenarnya, Muhammad Fazrie Haiqal bagaimanapun sekali lagi mencuri perhatian selepas berkongsi momen bahagianya bersama ahli keluarga baru-baru ini.

Menerusi video dikongsikan di Threadsnya, Bang Sudu menghadiahkan sebuah kereta baharu kepada bapanya untuk membalas jasa.

BACA LAGI: Bapa luang masa lebih 2 hari baca surah Al-Baqarah jadi amalan keluarga 'pagar' diri setiap kali pindah rumah

BACA LAGI: Tanam hasrat belajar bahasa isyarat lepas terima pelanggan bisu, pekak, tetap 'komunikasi' sedaya mampu

 

 

 

Menurutnya, perniagaan yang bermula dari kaki lima jalan itu disokong dan dibantu oleh bapanya.

"Ayah korbankan kereta Toyota Hilux dia untuk sokong saya mula berniaga.

"Kereta dia dijadikan kenderaan untuk beli barang setiap hari sampai sekarang.

"Dia sayang Hilux dia, tetapi untuk tengok anak dia berjaya, dia sanggup," katanya.

Sebagai penghargaan, dia bersama adik-beradiknya sepakat untuk membeli kereta Ford Raptor buat bapa kesayangan sebagai tanda terima kasih.

Menurutnya, hadiah kecil itu juga dapat membantu ibu dan bapanya menguruskan kehidupan seharian termasuk melakukan aktiviti luar bersama.

"Ini rezeki kami sekeluarga dapat belikan dia kereta. Bolehlah mereka pergi berjalan atau dating dengan ibu," tambahnya.

Bang Sudu yang terkenal dengan menu jualannya iaitu nasi lemak RM1 sebelum ini turut mendapat perhatian kerana sikapnya yang merendah diri serta kreatif dalam pemasaran. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram