Tak mudah jadi diri sendiri, perlu konsisten, CEO Santan dedah realiti galas tanggungjawab 'tonggak' syarikat


  • Sukses
  • Jumaat, 26 Sep 2025

Catherine mendedahkan realiti kehidupan seorang CEO yang penuh dengan cabaran. — Instagram/Catherine

GELARAN Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pastinya sinonim dengan statusnya yang berjaya, bebas dan diiktiraf.

Namun, di sebalik imej glamor itu, realitinya mungkin tidak semudah dilihat daripada luarannya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Santan, Catherine Goh, kehidupan peneraju syarikat adalah penuh dengan cabaran hampir setiap hari.

BACA LAGI: 'Takkan umur 18 tahun baru nak baca Iqra’', ibu bapa setuju hantar anak ke KAFA elak buang masa tengok tv

BACA LAGI: Lelaki Dubai balut G-Wagon guna beg mewah nilai ratusan ribu ringgit, trend baharu tunjuk kaya?

"Adakah sukar untuk menjadi diri saya? Ya, tidak mudah.

"Setiap hari ada persaingan baharu, isu berbeza untuk diuruskan dan ia memerlukan proses pengurusan dengan orang secara berterusan.

"Kadang-kadang terasa ia sesuatu yang dipaksa, tetapi tetap perlu dihadapi," katanya menerusi video dimuat naik di Instagramnya baru-baru ini.

Selain tanggungjawab sebagai CEO, Catherine juga perlu menyelesaikan konflik secara konsisten, membuat keputusan sukar dan memastikan keseimbangan dalam operasi syarikat.

Katanya, tugasnya juga memerlukan tahap fokus dan kecekapan yang tinggi setiap masa.

Catherine justeru menasihatkan orang ramai terutama para usahawan untuk bersedia dengan cabaran tersebut sekiranya berimpian menggalas tanggungjawab sebagai CEO. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram