
AMALAN membaca doa dan surah tertentu boleh dijadikan sebagai ikhtiar perlindungan serta keberkatan setiap kali berpindah lokasi kediaman.
Langkah sama turut dilakukan oleh segelintir masyarakat tempatan terutama yang beragama Islam.
Menerusi video dikongsikan pengguna akaun Threads @khadijah_rashid baru-baru ini, bapanya meluangkan masa dua hingga tiga hari untuk membaca surah Al-Baqarah ketika baru berpindah rumah.
BACA LAGI: Dulu nak makan burger pun tak mampu, pengasas Jollibee kini jutawan bergelar 'raja makanan segera'
"Setiap kali pindah, umi dan ayah datang rumah. Ayah akan baca surah ini untuk 'pagar' rumah daripada perkara-perkara tak baik.
"Ayah kalau tengah menghafal ayat, dia akan baca kuat-kuat.
"Sejak kecil macam itulah kami dengar dia ulang-ulang hafal sampai kami pun ingat sekali," tulisnya.
Dalam video sama, selain Al-Baqarah, bapanya turut membaca potongan ayat daripada Surah Al-Furqan.
"وٱلذِين يقُولُون ربنا هبۡ لنا مِنۡ أزۡوٰجِنا وذُرِيٰتِنا قُرة أعۡيُنٖ وٱجۡعلۡنا لِلۡمُتقِين إِماما. Surah Al-Furqan, ayat 74.
"Maksudnya: Dan orang-orang yang berkata, 'Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.
"أُولٰٓئِك يُجۡزوۡن ٱلۡغُرۡفة بِما صبرُوا ويُلقوۡن فِيها تحِيةٗ وسلٰما. Surah Al-Furqan, ayat 75.
"Maksudnya: Mereka itu akan diberi balasan dengan tempat yang tinggi (dalam surga) atas kesabaran mereka, dan di sana mereka akan disambut dengan penghormatan dan salam," kongsinya.
Bukan sekadar menjadi benteng diri, amalan tersebut sekali gus mampu menyemai kecintaan terhadap al-Quran dalam jiwa anak-anak. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram