Bayar sewa, belanja sekolah sendiri, anak yatim piatu di Kota Bharu tak tersasar, tetap usaha belajar


  • Bonda
  • Jumaat, 26 Sep 2025

Muhammad Alif (kiri) ketika disantuni dan dilawat pihak PPPNK bagi menyampaikan bantuan.

KEHILANGAN kedua ibu bapa sejak berusia 17 tahun tidak pernah mematahkan semangat remaja lelakidikenali sebagai Muhammad Alif untuk meneruskan hidup.

Menerusi video dikongsikan pengguna akaun TikTok @ceokuterer, Muhammad Alif hanya menjalani kehidupan seorang diri di Kota Bharu, Kelantan.

Bergelar anak yatim piatu sejak tiga tahun lalu, remaja tersebut terpaksa berdikari dan menguruskan diri sendiri sepenuhnya tanpa keluarga.

BACA LAGI: 'Takkan umur 18 tahun baru nak baca Iqra’', ibu bapa setuju hantar anak ke KAFA elak buang masa tengok tv

BACA LAGI: Tanam hasrat belajar bahasa isyarat lepas terima pelanggan bisu, pekak, tetap 'komunikasi' sedaya mampu

"Adik Alif hidup sendirian selepas kematian ibu dan ayah sejak berusia 17 tahun.

"Adik Alif akhirnya dapat tawaran belajar ke Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak dengan bantuan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan (PPPNK).

"Tak dapat bayangkan bagaimana adik Alif harungi hidup tiga tahun urus diri, persekolahan, makan, minum, rumah sewa, bil dan semuanya sendiri.

"Betapa kuatnya dirimu," tulisnya.

Ketabahannya bagaiamanapun nyata membuahkan hasil apabila dia berjaya menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan cemerlang.

Meskipun tiada panduan dan bantuan daripada ibu bapa, Muhammad Ailf tetap tidak tersasar jauh dan berpegang teguh pada ilmu.

Kisah perjuangan anak muda itu bukan sahaja menyentuh hati masyarakat, malah menjadi inspirasi bahawa kesungguhan dan kekuatan jiwa mampu memberi kekuatan dalam mengharungi cabaran. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram