'Takkan umur 18 tahun baru nak baca Iqra’', ibu bapa setuju hantar anak ke KAFA elak buang masa tengok tv


  • Bonda
  • Jumaat, 26 Sep 2025

Ibu bapa digalakkan untuk menghantar anak ke sekolah agama seperti KAFA. — Gambar hiasan/AI

MEMBERI pendidikan awal, khususnya dalam ilmu agama kepada anak-anak sememangnya asas penting dalam membentuk jati diri dan akhlak mereka sejak kecil.

Meskipun terdapat segelintir ibu bapa yang berasa kasihan kerana melihat anak-anak perlu berkejar dengan masa selepas sesi persekolahan harian.

Namun, ada juga berpendapat bahawa usaha menghantar ke sekolah agama seperti Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) tidak seharusnya dianggap sebagai beban.

BACA LAGI: Tanam hasrat belajar bahasa isyarat lepas terima pelanggan bisu, pekak, tetap 'komunikasi' sedaya mampu

BACA LAGI: Lelaki Dubai balut G-Wagon guna beg mewah nilai ratusan ribu ringgit, trend baharu tunjuk kaya?

Waktu yang banyak di hadapan skrin dapat dikurangkan dengan pengisian aktiviti di sekolah. — Gambar hiasan

Bagi pengguna akaun Threads @rubyatika, kepayahan pada awal usia sebenarnya merupakan pelaburan terbaik demi masa depan anak-anak.

"Tidak perlu kasihan untuk hantar anak ke KAFA. Anak perempuan saya darjah satu selepas balik petang boleh pergi kayuh basikal.

"Anak lelaki pula terus pergi takraw. Kalau tak pergi KAFA cuba bayangkan mereka buat apa?

"Tengok televisyen, buang masa. Anda ada masakah untuk layan anak belajar tulis jawi atau hafal doa.

"Hantar sahaja ke KAFA, tak rugi anak belajar ilmu agama dari kecil," tulisnya.

"Biar susah sekarang. Kalau tidak nanti hidup susah juga. Takkan umur 18 tahun baru nak baca Iqra’, sedangkan orang lain sibuk ambil lesen kereta," sokong @natiqah_mdnoor.

Pandangan sama turut dikongsikan oleh @shidakirin walaupun tidak menafikan bahawa anaknya terpaksa mencuri masa yang singkat untuk membersihkan diri, solat dan makan sebelum ke kelas agama.

Menurutnya, ia bagaimanapun lebih baik daripada membiarkan anak-anak terus leka dengan kaca televisyen. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram