
USAHA seorang peniaga wanita menyentuh hati ramai selepas dilihat menyantuni pelanggan orang kelainan upaya (OKU) dengan penuh sabar dan ikhlas.
Kejadian itu tular apabila rakaman video dimuat naik pengguna pemilik akaun TikTok @adaahassan baru-baru ini.
Video tersebut memaparkan interaksi mesra mereka dengan menggunakan bahasa isyarat.
BACA LAGI: ‘Jangan cepat menghukum,' Ustazah Nazirah ulas isu 'bachelorette usrah' dikecam tiru budaya Barat
"Ketika itu ada seorang lelaki datang dan beli air. Dapat tahu dia pekak dan bisu.
"Nak menangis, tetapi saya tetap senyum. Kemudian, saya cuba berkomunikasi dengan dia apa yang saya tahu sahaja," katanya.
Dalam usaha memahami kehendak pelanggan, wanita berkenaan turut dilihat menunjukkan jumlah bayaran pada kalkulator dan bahasa isyarat ringkas seperti 'jumpa lagi' sebelum lelaki tersebut beredar.
Situasi itu secara tidak langsung membuatkannya lebih menghargai kekurangan orang lain dan menyuntik semangatnya untuk mendalami dan mempelajari bahasa isyarat.
"Waktu itu saya rasa nak belajar bahasa isyarat dengan lebih dalam supaya dapat berkomunikasi dengan individu sedemikian," jelasnya.
Rata-rata warga maya turut memberi pujian dan menyifatkannya sebagai teladan baik dalam mewujudkan persekitaran yang inklusif dan mesra pelanggan.
"Kepelbagaian dan keterangkuman dia membuatkan orang sekeliling rasa diterima sebagai manusia," komen @neeraramdzan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram