'Pad mudah terkeluar bila dicuci', ramai wanita setuju bila Nadia Annuar seloroh pereka bra sukan mungkin lelaki


  • Gaya
  • Khamis, 25 Sep 2025

Rekaan pad pada bra kurang memberi keselesaan dan keselamatan pada wanita ketika bersukan. — Gambar hiasan

PEMAKAIAN pakaian dalam wanita khususnya bra sering menjadi topik yang dekat dengan kehidupan harian kaum Hawa.

Rekaannya turut memainkan peranan penting dalam memastikan keselesaan dan kesihatan si pemakainya.

Perkara itu bagaimanapun kini hangat diperkatakan selepas satu luahan dimuat naik oleh personaliti televisyen, Nadia Annuar baru-baru ini di media sosialnya.

BACA LAGI: ‘Jangan cepat menghukum,' Ustazah Nazirah ulas isu 'bachelorette usrah' dikecam tiru budaya Barat

BACA LAGI: Kekal 'vogue' walau cecah 50-an, model Hong Kong buktikan usia bukan penghalang untuk 'catwalk' di pentas peragaan

 

 

 

Menerusi videonya, Nadia meluahkan kekecewaannya terhadap rata-rata rekaan bra sukan yang mempunyai lapik atau padding span mudah dicabut.

Baginya, rekaan tersebut akan menyukarkan para wanita kerana ia mudah terkeluar dari kain bra apabila dicuci.

"Tiada seorang wanita yang bersetuju bahawa kita perlukan lubang di bra anda.

"Setiap kali pakai pad ini akan bergerak dan ambil masa untuk membetulkannya," katanya.

Tambahnya, pad span itu seharusnya dijahit sekali dengan kain bra agar tidak mudah bergerak dan memberi lebih keselesaan.

"Kalau perekanya benar-benar wanita, mereka akan tahu untuk menjahit pad bersama kain bra," jelasnya.

Situasi itu jelas membuatkan ramai wanita berasa janggal dan kurang selesa terutama ketika bersukan.

Rata-rata warganet turut tampil menyokong luahan Nadia dengan berkongsi pengalaman sama.

Mereka sepakat agar syarikat pakaian sukan lebih peka dan menghasilkan bra sukan yang lebih praktikal serta mesra pengguna. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram