
TINDAKAN beberapa lelaki dipercayai berstatus tinggi di Dubai menjadi bualan ramai selepas memuat naik video sedang mengubah suai kereta mewahnya baru-baru ini.
Menerusi video tular di media sosial, lelaki berkenaan membalut kereta Mercedes G-Wagon menggunakan kulit beg berjenama mewah, Louis Vuitton.
Lebih mengejutkan apabila mereka menggunakan lebih 10 beg yang bernilai ratusan ringgit setiap satunya.
BACA LAGI: [VIDEO] Buah pir singo, halia tip bantu reda batuk, sakit tekak dialami anak-anak
BACA LAGI: ‘Jangan cepat menghukum,' Ustazah Nazirah ulas isu 'bachelorette usrah' dikecam tiru budaya Barat
UNUSUAL
A wealthy man in Dubai covered his Suzuki Jimny car with Louis Vuitton bags, each one costing thousands of dollars!
-: Some people have more money than they need and look for strange ways to spend it.pic.twitter.com/p502Iu00hN
— RussiaNews(@mog_russEN) September 21, 2025
Mereka kemudiannya mengoyakkan satu per satu beg berkenaan sebelum memotong dan melekatkannya di setiap permukaan kenderaan tersebut.
Hasil ubah suai kereta terbabit bagaimanapun tampak 'murah' disebabkan proses dan penggayaan yang kurang tersusun.
Kulit beg yang dilekatkan pada kereta itu juga kelihatan tidak kemas, sekali gus menjadi bahan kritikan ramai.
Rata-rata warganet turut melabelkan pemilik kenderaan tersebut sebagai seorang yang terpaksa berbelanja dengan cara pelik kerana wang terlalu banyak.
Walaupun dianggap membazir oleh segelintir pihak, tidak kurang juga yang menganggap ia sebagai simbol gaya hidup mewah dan cara tersendiri individu untuk mengekspresikan kekayaan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram