‘Jangan cepat menghukum,' Ustazah Nazirah ulas isu 'bachelorette usrah' dikecam tiru budaya Barat


  • Cinta
  • Ahad, 21 Sep 2025

Bachelorette usrah yang dianjurkan selebriti tempatan turut diisi dengan beberapa aktiviti santai selain majlis ilmu.

PENGANJURAN majlis ilmu digelar bachelorette usrah yang dianjurkan oleh selebriti tempatan baru-baru ini mencetuskan perdebatan dalam kalangan warga maya.

Ada segelintir mempertikaikan kononnya konsep itu seolah-olah meniru budaya Barat.

Mengulas lanjut, pendakwah bebas Ustazah Nazirah Abu Bakar mendedahkan bahawa beliau hadir ke majlis tersebut bertujuan memenuhi jemputan.

BACA LAGI: 'Syurga buatmu', guru hadiahkan murid-murid kasut sekolah baharu, ganti lusuh, koyak

BACA LAGI: Graduan kongsi kisah kejayaan walau ibu bapa belajar setakat darjah 6, tak fasih bahasa Inggeris

Menurutnya, tidak wajar sesuatu program ilmu terus dilabel negatif tanpa melihat niat sebenar penganjur dan pengisian dijalankan.

 

 

"Saya sebenarnya tak tahu pun bila pergi ke program tu, mereka kata nak buat usrah, jadi saya pergilah.

"Saya cuma kongsi tentang bagaimana nak jadi isteri yang solehah itu sahaja.

"Selepas itu, mereka ada sesi luahan, makan-makan dan bermain teka-teki," katanya.

Beliau pada masa sama turut berpesan orang ramai tidak cepat menghukum orang lain seolah-olah diri sendiri sudah cukup baik.

Katanya, tugas utama umat Islam adalah saling membimbing dan menghulurkan tangan kepada sesiapa sahaja yang mahu berubah ke arah kebaikan.

"Ada orang kata itu budaya Barat. Saya senyum sahaja, terima kasih pada yang peduli.

"Kalau orang sokong, tanda sayang. Kalau ada yang tegur, itu pun tanda ambil berat.

"Jangan rasa kita baik sebab hadir majlis ilmu. Kalau hadir dengan tujuan riak, itu pun boleh membawa ke neraka.

"Siapa yang nak berubah, kita hulur tangan. Tuhan pilih kita daripada ramai-ramai untuk hadir ke masjid dan majlis ilmu," jelasnya.

Tambahnya, ilmu yang dimiliki akan membezakan setiap seseorang wanita itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram