'Alhamdulillah, kami tempuh pelbagai suka, duka bersama', Agong, Permaisuri rai ulang tahun perkahwinan ke-43 tahun


  • Cinta
  • Isnin, 22 Sep 2025

Bahtera bahtera perkahwinan Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah kini genap 43 tahun. — Instagram/Officialsultanibrahim

GENAP 43 tahun ikatan perkahwinan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bersama permaisuri hati, Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah pada Isnin.

Menerusi satu hantaran di Instagram @officialsultanibrahim, Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa syukur sempena ulang tahun perkahwinannya itu.

"Alhamdulillah, sepanjang 43 tahun ini kami menempuh pelbagai suka dan duka bersama.

"Semoga ALLAH SWT terus mengurniakan rahmat, keberkatan dalam rumah tangga kami serta mengurniakan kebahagiaan yang berpanjangan," titahnya.

BACA LAGI: 'Berdiri tepi tingkap kelas tadika', nukilan Raja Zarith Sofea kenang zaman kanak-kanak TMJ

BACA LAGI: [VIDEO] Buah pir singo, halia tip bantu reda batuk, sakit tekak dialami anak-anak

Pasangan diraja itu mendirikan rumah tangga pada 22 September 1982 ketika Sultan Ibrahim bergelar Tunku Mahkota Johor dan dikurniakan enam cahaya mata.

Putera sulungnya, Tunku Mahkota Ismail lahir pada 29 Jun 1984, diikuti Tunku Tun Aminah pada 8 April 1986.

Anak ketiga, Tunku Idris Iskandar yang kini menyandang gelaran Tunku Temenggong Johor dilahirkan pada 25 Disember 1987.

Sementara itu, anakanda keempat, Almarhum Tunku Abdul Jalil, Tunku Laksamana Johor diputerakan pada 5 Julai 1990 dan mangkat pada 5 Disember 2015.

Dalam pada itu, Tunku Abdul Rahman, Tunku Panglima Johor, dilahirkan pada 5 Februari 1993, dan anak bongsunya, Tunku Abu Bakar, Tunku Putera Johor lahir pada 30 Mei 2001. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram