Wanita warga asing terus jejaki keluarga angkat di Kota Bharu, lebih 5 dekad terpisah


  • Cinta
  • Ahad, 21 Sep 2025

Gambar yang dikongsikan Leone sebelum meninggalkan Malaysia pada 1971. — Facebook/Leone Crossfield

SEORANG wanita warga asing memohon bantuan orang ramai untuk mengesan keluarga angkatnya di Malaysia.

Menerusi hantaran dikongsikan di Facebooknya Leone Crossfield baru-baru ini, ibu bapa angkatnya itu antara individu yang menjaganya ketika kecil di Kota Bharu, Kelantan kira-kira 54 tahun lalu.

Menurutnya, gambar yang dipaparkan di media sosial sempat dirakam pada 1971.

BACA LAGI: ‘Jangan cepat menghukum,' Ustazah Nazirah ulas isu 'bachelorette usrah' dikecam tiru budaya Barat

BACA LAGI: 'Syurga buatmu', guru hadiahkan murid-murid kasut sekolah baharu, ganti lusuh, koyak

Meskipun lama terpisah, beliau dikatakan kerap kembali ke Malaysia beberapa kali demi bertemu semula dengan keluarga angkatnya.

"Saya sering kembali ke Malaysia, namun masih belum berjaya menemui wanita cantik ini yang pernah menjaga saya ketika saya masih kecil," tulisnya.

Hantaran itu sekali gus mendapat perhatian ramai termasuk beberapa maklumat yang dikongsikan warganet.

Antaranya termasuk pengguna Facebook Faiz Dzani CZ yang dilihat seolah-olah mengetahui status keluarga berkenaan.

Katanya, wanita tersebut dipercayai masih hidup dan kini menetap di Kampung Bunut Payong, Kota Bharu.

"Usia nenek itu sekitar 84 tahun. Salah seorang anaknya kini bekerja di United Kingdom (UK)," dakwanya.

Leone bagaimanapun masih belum memberikan perkembangan baharu tentang pertemuan itu.

Situasinya turut menjadi bukti bahawa hubungan kasih sayang yang tulus tidak mengenal batasan baik bangsa, negara mahupun agama.

Meskipun berasal dari latar belakang yang berbeza, ikatan antara anak kecil warga asing dan ibu angkat tempatan kekal utuh dalam ingatan selama lebih lima dekad. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram