'Syurga buatmu', guru hadiahkan murid-murid kasut sekolah baharu, ganti lusuh, koyak


  • Cinta
  • Ahad, 21 Sep 2025

Nana juga dikenali dengan sikap mesra dan disenangi oleh murid-muridnya. — Instagram/tcer.nana

INISIATIF murni seorang guru menghadiahkan murid-muridnya kasut baharu menyentuh hati warga maya baru-baru ini.

Menerusi video yang dimuat naik oleh guru wanita berkenaan menerusi akaun Instagramnya @ticer.nana, agihan kasut tersebut adalah sebagai hadiah terakhir sebelum berpindah ke sekolah lain.

Dalam video sama, jelas terpancar kegembiraan pada wajah murid-muridnya apabila menerima sepasang kasut baharu.

BACA LAGI: Graduan kongsi kisah kejayaan walau ibu bapa belajar setakat darjah 6, tak fasih bahasa Inggeris

BACA LAGI: Jenuh berjiran dengan si 'hoarder', tak sanggup nak hadap, ini tindakan undang-undang boleh diambil

Rata-ratanya turut berterima kasih kerana diberi peluang untuk menukar kasut lama yang sudah lusuh, koyak dan tidak sesuai dipakai lagi.

"Kasut baharu untuk anak-anak. Sebab Nana dah nak pindah ke Seremban, Negeri Sembilan, kita habiskan stok kasut yang dah beli.

"Kasut-kasut yang dah rosak ini kita bagi kasut baharu untuk mereka," katanya.

Guru muda yang dikenali sebagai Nana itu juga sentiasa memastikan setiap muridnya dapat memakai kasut baharu sesuai dengan keselesaan kaki mereka.

Sikap prihatin dan kasih sayang ditunjukkan guru berkenaan mendapat pujian ramai netizen yang menganggapnya sebagai teladan buat warga pendidik lain.

"Mereka akan ingat Nana sampai mereka dah tua nanti. Pahala Nana berterusan sampai bila-bila, syurga buatmu cikgu," komen @izyanaaisyah_.

"Cikgu baik sangat, jangankan anak murid sedih, kami warga maya lain pun sebak," luah @htvnvyu.

Nana sebelum ini juga pernah tular dengan video-video perkongsian bermanfaat sepanjang bertugas sebagai guru di Johor Baharu, Johor.

Bukan itu sahaja, Nana turut disenangi ramai apabila sering memuat naik momen menarik bersama datuk dan neneknya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram