
SEORANG remaja perempuan berusia 19 tahun didakwa hampir menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran kerja.
Beliau bagaimanapun berjaya diselamatkan hasil keprihatinan aktivis sosial terkenal, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang.
Menerusi satu hantaran di Facebook pada Sabtu, Uncle Kentang mendakwa, remaja tersebut dijanjikan pekerjaan sebagai ejen hartanah dengan gaji pokok sebanyak RM3,500.
BACA LAGI: Imej Tengku Permaisuri Norashikin dimanipulasi 'scammer', Istana Selangor buat repot polis
BACA LAGI: [VIDEO] Pemilik kedai berhati mulia, sanggup belanja pasangan asal pedalaman jadi mangsa 'scammer'
"Beliau menaiki bas dari Kedah ke Kuala Lumpur bagi menemui majikan baharu pada sebelah petang.
“Remaja berkenaan tunjukkan saya profil majikan itu, tetapi ada sesuatu tidak kena. Nampak seperti satu penipuan untuk memperdaya anak muda,” katanya.
Menurutnya lagi, remaja itu bernasib baik kerana meminta sedikit wang daripadanya, sekali gus memberinya peluang menyemak latar belakang majikan berkenaan.
Ujar Uncle Kentang, pada awalnya beliau bersetuju dengan rancangan remaja terbabit.
“Namun selepas melihat perbualan dan profil majikan tersebut, saya percaya amat berisiko untuk berjumpa sendirian.
"Saya suruh beliau batalkan janji temu tersebut,” jelasnya.
Dalam perkongsian sama, Uncle Kentang menasihatkan golongan muda agar tidak terlalu teruja dengan tawaran kerja yang kelihatan lumayan dan di luar kebiasaan.
“Anak muda jangan terlalu teruja dengan tawaran kerja baharu. Anda mungkin menjadi mangsa penipuan,” ujarnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram