
IBU bapa disarankan agar tidak menormalisasikan perbuatan mengajuk atau ejekan berkaitan bentuk tubuh dalam kalangan ahli keluarga.
Mungkin dianggap sebagai bahan gurauan namun, tanpa disangka ia dapat memberi kesan mendalam terhadap diri seseorang.
Menerusi perkongsian pengguna akaun Threads @puterikasim baru-baru ini, sikap tersebut wajar dihentikan terutama dalam kalangan adik-beradik kerana dibimbangi dapat menjejaskan emosi serta keyakinan diri.
BACA LAGI: 'Adik tanya tapi ayah tak boleh jawab', ibu kongsi momen pilu anak bawa 'medal' di pusara
BACA LAGI: Pemilik bisnes belanja wang SARA bantu individu memerlukan, bahagia lihat orang lain gembira
Perbuatan mengutuk fizikal seseorang seharusnya tidak dinormalisasikan khususnya dalam kalangan ahli keluarga. — Gambar hiasan
Baginya, ahli keluarga seharusnya menjadi individu paling selamat untuk mendapat sokongan.
"Boleh hentikan normalisasi body shaming di kalangan adik-beradik.
"Kita tak tahu orang lain punya emosi walaupun adik-beradik sendiri.
"Jangan guna alasan 'bergurau pun nak terasa'. Keluarga bukan tempat dihina," tulisnya.
Pernah berdepan dengan situasi sama, seorang lagi warga maya turut berkongsi pengalamannya seolah-olah dihina ahli keluarga.
"Saya pernah diejek gelap dan gemuk. Ejekkan itu buatkan saya hilang keyakinan diri dan selalu rasa diri tak lawa.
"Masuk kolej barulah rasa yakin sedikit. Tak salahkan ibu bapa sebab dulu mereka tak tahu perkara tersebut," luah @sepianshafiqah.
Dia turut menekankan betapa pentignya menghentikan budaya 'buli' itu agar tidak diwarisi kepada generasi akan datang. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram