
SUDAH menjadi lumrah bagi seorang bapa untuk menghabiskan masa demi mencari sesuap nasi buat keluarga, lebih-lebih lagi sekiranya sudah dikurniakan cahaya mata.
Ini kerana masa dilaburkan sepanjang mencari wang ringgit penting dalam membangunkan sebuah keluarga stabil selain memastikan anak-anak membesar dalam suasana sihat.
Namun, dilema dialami apabila masa dihabiskan sepanjang berada di luar menyaksikan waktu bersama mereka yang tersayang semakin terhad dengan ia menjadi satu hal kebiasaan dalam hidup kekeluargaan.
BACA LAGI: [VIDEO] Majlis kahwin bertukar tragedi, 2 keluarga mempelai bergaduh angkara ‘tol’
BACA LAGI: Inkues Zara Qairina: Keluarga lancar tabung sokong kos perjalanan, penginapan saksi
Masa dihabiskan di rumah cukup penting dalam membina sebuah keluarga yang sihat. — Gambar hiasan
Situasi tersebut sememangnya mencengkam para suami yang terpaksa memilih sama ada mahu terus mencari rezeki atau meluangkan masa bersama keluarga di kediaman.
Bagi mereka yang berpengalaman, pilihan terbaik adalah dengan berada di samping anak dan isteri tercinta kerana waktu akan berlalu dengan pantas.
Luahan itu dikongsikan dalam ruangan komen TikTok Iqbalkhan93 sebelum ditangkap layar dan dimuat naik di laman Facebook Kisah Dunia yang menceritakan lumrah bekeluarga.
"Saya beri tips sebagai bekas penghantar makanan yang 'hardcore'. Jangan sasarkan duit, sasar kerja ikut waktu. Kerja dari pukul 9 pagi ke 6 petang, kemudian balik. Rezeki sehari RM20 sahaja? Balik dan syukur kemudian esok sambung semula," kata Sipaihh.
Sesetengah suami terlalu fokus di pejabat untuk mencari rezeki buat keluarga. — Gambar hiasan
"Baliklah bro, saya kerja di pejabat pun sudah menyesal kerana tujuh tahun balik lambatuntuk tunjuk saya buat kerja dengan baik, tetapi akhirnya saya kini seperti mahu ditunjukkan jalan keluar.
"Tengok-tengok, anak sudah besar. Kalau boleh putarkan semula masa, memang saya mahu balik rumah awal. Saya sampai lupa rezeki ALLAH beri itu rupanya ada di rumah sahaja," kata aku.
"Duit boleh dicari, tetapi masa tidak boleh. Semasa arwah isteri masih ada, saya selalu balik lewat dan selepas dia meninggal dunia, saya mengambil keputusan cari duit hanya untuk kelangsungan hidup sahaja untuk pastikan dapat melihat anak-anak membesar," kata Nuar.
Pelbagai luahan dikongsikan di ruangan komen dengan mereka yang menghadapi dilema tersebut akan menceritakan situasi dan penyelesaian diambil dalam isu sebegitu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram