[VIDEO] Majlis kahwin bertukar tragedi, 2 keluarga mempelai bergaduh angkara ‘tol’


  • Benua
  • Jumaat, 12 Sep 2025

Tangkap layar dari kejadian yang sudah tentu melukakan hati pengantin dan keluarga.

SUDAH menjadi kebiasaan buat sesetengah tempat untuk menghidupkan adat dalam sebarang majlis, terutamanya perkahwinan kerana tradisi itu diamalkan bertahun-tahun lamanya.

Bagaimanapun, kadang-kala, adat ingin dihidupkan itu boleh mengganggu kelancaran majlis apabila pihak luar yang tidak tahu dan memahami mengenainya berpandangan serong mengenainya.

Itulah apa yang berlaku di sebuah majlis perkahwinan di Indonesia selepas keluarga dan rombongan pengantin lelaki membuat kekecohan yang pasti merencatkan hari bahagia pasangan tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] Selepas 30 tahun, pengantin India realisasi impian 'amma' adakan majlis perkahwinan adat Melayu

BACA LAGI: [VIDEO] Simbolik tanda restu, tolak energi negatif, adat bersiram kembali popular

Video itu dikongsikan semula menerusi hantaran Facebook Iwan Wak memaparkan insiden tersebut berlaku hanya kerana adat tol yang turut diamalkan sebahagian masyarakat dalam negara.

Kejadian difahamkan bermula apabila dua wanita dipercayai dari keluarga pengantin perempuan menari di hadapan rombongan dengan persembahan tersebut cukup sinonim dalam tradisi tol perkahwinan.

Namun, kedua-duanya kekal menghalang laluan meskipun sudah menerima tol dari pengantin lelaki sehingga mendesak beberapa individu cuba masuk campur supaya perarakan dapat diteruskan.

Kekecohan semakin teruk apabila lebih ramai keluarga dan kenalan mula masuk campur dengan orang lain di majlis berkenaan hanya tercengang melihat insiden.

Lebih mengejutkan lagi, salah seorang individu berbaju batik hitam mula menolak penari terbabit sehingga memaksa pengunjung lain supaya meredakan keadaan.

Bagaimanapun, tiada sebarang kerugian disaksikan kerana orang ramai masih dapat mengawal emosi masing-masing daripada terus merencatkan majlis bermakna itu.

Rakaman tersebut menjadi bukti bahawa adat membawa sesuatu kelainan dalam majlis tertentu, namun tidak sepatutnya dijadikan kemestian bagi mengelak insiden sebegitu tercetus. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram