Jatuh cinta lepas makan di Malaysia, lelaki Sweden sanggup beli mesin, jual ais kacang bergerak 


  • Bisnes
  • Jumaat, 12 Sep 2025

Lelaki warga Sweden menjual ais kacangnya di sekitar Stockholm.

LEBIH 9,000 kilometer jauhnya, nama ais kacang nampaknya dikenali sehingga ke ibu negara Sweden.

Masakan tidak, pencuci mulut popular di Malaysia itu kini dijual oleh seorang warga Sweden di Stockholm.

Menerusi video tular di media sosial sejak Khamis, perniagaan itu juga dijalankan secara santai di pinggiran jalan.

BACA LAGI: Tanpa belas kasihan, pak menteri sanggup tinggalkan isteri lumpuh ketika protes Gen Z Nepal

BACA LAGI: Pemilik bisnes belanja wang SARA bantu individu memerlukan, bahagia lihat orang lain gembira

Mesin yang dibeli dari Malaysia.

Dalam video dikongsikan pengguna akaun TikTok @wawandering, penjual berkenaan mempromosikan jualannya hanya dengan menggunakan basikal yang diubah suai menjadi gerai mini bergerak.

Meskipun kecil, namun lengkap dengan mesin pengisar ais, ruang untuk memastikan bahan kekal sejuk serta payung mini hijau. 

Menariknya, idea menjual ais kacang itu dikatakan muncul selepas merasainya sendiri ketika bercuti di Malaysia.

Keenakan pencuci mulut yang segar dan unik itu sekali gus membuatkannya jatuh cinta sehingga tidak dapat melupakannya.

Terlalu terpesona dengan gabungan warna-warni sirap manis, jagung, kacang merah dan cendol, lelaki tersebut juga nekad membeli mesin khas dari Malaysia untuk membuka gerai kecilnya.

Diperkenalkan sebagai shaved ice rainbow from Malaysia, menu tersebut pantas menjadi kegemaran ramai.

Jualannya juga menarik perhatian terutama ketika musim panas yang suhunya sering mencecah 25 darjah Celsius ke atas.

Menurut pemilik video yang juga pelanggan dari Malaysia, semangkuk ais kacang dijual pada harga kira-kira RM28 (60 SEK).

Fenomena itu sekali gus memberi peluang baharu kepada produk makanan jalanan Malaysia menembusi pasaran Eropah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram