Tanpa belas kasihan, pak menteri sanggup tinggalkan isteri lumpuh ketika protes Gen Z Nepal


  • Cinta
  • Khamis, 11 Sep 2025

Tangkap layar video memaparkan isteri kepada ahli politik, Sharad Singh dibantu sekumpulan penduduk. — Agensi

DUNIA dikejutkan dengan kejadian rusuhan di Nepal sebagai protes terhadap larangan media sosial dan isu berkaitan rasuah sejak Isnin lalu.

Rusuhan tersebut bagaimanapun semakin parah apabila kebanyakan bangunan kerajaan dibakar dan kira-kira 22 orang dilaporkan terkorban.

Selain aset milik kerajaan dimusnahkan, keluarga ahli politik mereka turut terkena tempiasnya.

BACA LAGI: 'Sejak bila sekolah ada standard T20, B40, M40?', bapa persoal bayaran majlis graduasi anak darjah 6

BACA LAGI: Terbangun 3 pagi kerana sangat tertekan, pengasas Mothership syukur ada suami bantu bina fasiliti, komuniti pickleball di KL

 

 

 

 

 

Antaranya ialah isteri kepada bekas Perdana Menteri Nepal, Jhalanath Khanal yang meninggal dunia akibat melecur teruk apabila rumah mereka di Kathmandu dibakar penunjuk perasaan yang terlalu marah.

Selain Jhalanath, isteri ahli politik, Sharad Singh Bhandari juga berdepan dengan situasi cemas ketika rusuhan berlaku.

Menerusi video tular di media sosial sejak Khamis, sekumpulan penduduk dilihat membantu wanita tersebut menyelamatkan diri.

Dalam video sama, wanita itu dilaporkan lumpuh dan diangkat menggunakan kerusi untuk keluar dari rumahnya yang turut terbakar.

Namun, lebih menimbulkan kemarahan orang ramai apabila wanita warga emas itu ditinggalkan sehelai sepinggang oleh suaminya.

Situasi itu sekali gus menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab Sharad terhadap isterinya yang dalam keadaan uzur.

Sementara itu, gelombang protes besar-besaran yang digerakkan oleh anak muda atau Generasi Z akhirnya memaksa Perdana Menteri Nepal, KP Sharma Oli meletak jawatan selepas beberapa hari rusuhan berdarah berlaku. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram