[VIDEO] 'Siapa tak sebak', bapa tetap setia tunggu di tebing Sungai Baru Labu harapkan anak ditemui


  • Bonda
  • Sabtu, 06 Sep 2025

Bapa mangsa (kiri) terus berada di tebing sungai sementara operasi mencari dijalankan.

OPERASI mencari dan menyelamat seorang lelaki yang dikhuatiri lemas di Sungai Baru Labu, Bota Kiri dekat Seri Iskandar, Perak sejak Rabu masih belum membuahkan sebarang hasil.

Usaha mengesan mangsa, Muhammad Nurman Mohd Noh terpaksa dihentikan pada Jumaat malam akibat kegelapan, namun sudah disambung pada Sabtu dengan kawasan darat kini ditumpukan.

Insiden sememangya meruntun hati penduduk setempat yang masih mengharapkan lelaki berusia 27 tahun itu dapat ditemukan dalam keadaan selamat meskipun sudah kira-kira empat hari tidak pulang ke rumah.

BACA LAGI: Calon SPM maut lepas balik surau, bertembung motosikal warga emas di Parit

BACA LAGI: Budak lelaki 7 tahun mati lemas di Parit lepas keluar bermain dengan kawan-kawan

Malah, bapa mangsa juga tidak putus harapan apabila terus berada di persisiran sungai dengan keberadaannya sempat dirakam dan dimuat naik mangxsteen di media sosial.

Dalam rakaman berdurasi 19 saat itu, lelaki berusia berkenaan duduk termenung seorang diri, namun gerak-gerinya kelihatan resah memikirkan keadaan anaknya tersebut.

Sebelum dilaporkan hilang pada Rabu, Nurman difahamkan baru sahaja selesai memasukkan lembu ternakan ke dalam kandang sebelum memberitahu bapanya untuk mandi sungai.

Maklumat daripada saksi awam menyatakan mangsa kali terakhir dikesan sekitar pukul 4.35 petang tanpa berbaju dan menaiki motosikal bersama rakannya dan memasuki kebun sawit.

Anggota bomba sudah dikerah untuk mengesan mangsa yang dikhuatiri lemas di sungai tersebut.

Laporan polis kemudiannya dibuat dengan pihak bomba turut melancarkan usaha mencari mangsa yang dikhuatiri lemas selepas tiada sebarang maklumat diperoleh setakat ini.

Operasi disertai sembilan anggota bomba, empat anggota polis serta tujuh wakil Persatuan Nelayan dengan kekuatan beberapa aset termasuk dua bot bomba, sebuah bot polis dan sebuah bot nelayan. 

Pencarian dilakukan menggunakan bot dari Jeti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Teluk Sena menuju ke lokasi mangsa dipercayai hilang di Kampung Baru Lambor Kiri iaitu  sejauh kira-kira 3 kilometer. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram