
IBU kepada jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali mendedahkan dirinya mengalami masalah kulit ekzema buat pertama kali dalam hidup.
Jennana Johnson berkata, keadaan itu berpunca daripada tekanan dan rasa gementar menjelang perlawanan anaknya.
“Saya kena ekzema pertama kali seumur hidup kerana Johan. Tahap stres memang sangat tinggi sebab tak jumpa dia lebih kurang enam minggu.
"Selain itu, saya juga stres tentang perlawanan Johan yang akan datang hingga akhirnya saya alami ekzema yang seumur hidup tak pernah kena," katanya menerusi rakaman video dikongsikan di laman Facebook Johan Ghazali JoJo Fans pada Khamis.
BACA LAGI: 'Dia memang lahir dengan gaya 'swagger', ibu Johan Ghazali nafi anak makin sombong lepas popular
BACA LAGI: Hanya perlu 2 minit, Jojo Ghazali tumpaskan Zakaria El Jamari menerusi KO
Jennana yang juga bekas petarung Muay Thai satu ketika dahulu berkata, ekzema turut menyebabkan rambutnya gugur dan jari rosak.
"Saya salahkan Johan tetapi keadaan beransur pulih selepas dapat bertemu dia yang berada dalam keadaan baik," ujarnya.
Beliau juga sempat mengulas mengenai penampilan terbaharu anak kedua daripada empat adik beradik itu.
Jelasnya lagi, gaya rambut baharu Johan mengingatkannya kembali pada zaman kecil atlet kesayangan negara itu.
"Saya suka sebab dia nampak macam waktu masih kecil dulu. Nampak macam little Johan semula, comel,” katanya.
Dalam rakaman sama, Johan sempat bergurau dengan ibunya yang disifatkan sering risau berlebihan.
“Dia selalu stress, ada saja benda nak dirisaukan, tapi ibu bertuah sebab jadi ibu saya. Betul kan?” seloroh Johan.
Untuk rekod, Johan Ghazali atau lebih dikenali sebagai Jojo merupakan antara bintang muda Muay Thai negara yang semakin mencuri tumpuan selepas berjaya mencatat beberapa kemenangan membanggakan di pentas antarabangsa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram